Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Syarikat Kerajaan Terengganu EPIC Mendapat Kontrak Dari ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc.

Imej
Anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) iaitu EPIC OG Sdn Bhd, telah memperolehi kontrak bagi kerja-kerja Penyelenggaraan, Pembinaan dan Modifikasi (MCM) untuk tahun 2018 sehingga 2023 daripada ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. Majlis menandatangani Kontrak Perniagaan telah diadakan secara tertutup pada Khamis, 16 Ogos 2018 lepas disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Kontrak ini menjangkakan antara 500 - 600 peluang kerja kepada anak-anak Terengganu. Tahniah EPIC !!

Kerana Politik, Agamaku Dipermainkan

Imej
Sedih sekali bila tengok komen-komen di social media. Nak marahkan parti politik yang tak disokong tapi dengan agama islamku tercinta juga turut menjadi mangsa. Perkataan ulama, tok lebai sehinggalah pemakaian sunnah nabi muhammad saw turut disindir-sindir. Yang paling menyedihkan bila yang mengaku muslim tu galak sungguh mengomen mengecam di social media sehinggakan non muslim rasa tak bersalah turut sama join mengecam & menyindir bagai menggunakan istilah ulama dan tok lebai.  Disini perlu saya jelaskan bukan semua ulama dan tok lebai itu join politik. Kalau nak marah dan sindir politician yang korang tak gemar tu kenapa guna istilah ulama & tok lebai ? Semua ulama & tok lebai tu join parti politik yang korang tak gemari tu ke ? Ade ke korang tengok non muslim bila diorang marah kepada politician diorg guna istilah sami atau paderi ? Takde kan ? So kenapa korang tidak berlaku adil kepada ulama & tok lebai. Disebabkan penggunaan meluas istilah ulama &

Kenapa Pilih Kelantan

Imej
Kenapa pilih Kelantan ?? Soalan itu selalu ditanya kepada non kelantanese kenapa mereka prefer untuk menetap terus di Kelantan. Dengan pelbagai persepsi negative yang dilemparkan kepada Kelantan, ianya membuatkan orang luar seperti alergik sedikit dengan negeri Kelantan negeri serambi mekah.  Sebut sahaja pengotor, jahat, terlalu tebal sikap kenegerian, gengstar & macam-macam lagi dilemparkan tanpa sangsi kepada kelantan kita yang tercinta ini.  Tapi persepsi itu berubah 360 darjah bila sesiapa sahaja yang tidak pernah hadir ke bumi kelantan ini menetap di Kelantan. Perasaan yang awalnya rasa terseksa dan stress kerana terpaksa menetap di Kelantan akhirnya beransur-ansur berubah kepada perasan bersyukur dan cinta kerana dapat berada di negeri che siti wan kembang ini.  Rupa-rupanya segala persepsi buruk yang mereka dengar selama ini hanyalah mitos semata-mata. Kelantan sama sahaja seperti negeri-negeri lain. Pengotor ? Tempat lain jugak pengotor. Gangster ?

Thailand Mahu Halalkan Ganja

Imej
Ramai yang masih tidak tahu, kanabis atau ganja merupakan sejenis dadah yang sering digunakan dalam perubatan kerana dikatakan boleh melegakan pelbagai jenis penyakit. Walaupun mempunyai manfaat dari segi perubatan, penggunaan kanabis diharamkan di kebanyakan negara di dunia terutamanya di Asia kerana penyalahgunaannya boleh menjadi punca kepada ketagihan. Walaubagaimanapun, semuanya bakal berubah tidak lama lagi apabila Thailand akan menjadi negara pertama di Asia yang akan membenarkan kanabis dalam perubatan. Langkah untuk membenarkan penggunaan kanabis ini bakal dilaksanakan pada tahun hadapan adalah disebabkan atas faktor-faktor ekonomi. Sekitar tahun 1980an, Thailand merupakan pengeluar kanabis utama di dunia. Kanabis juga turut popular di kalangan pekerja ladang untuk tujuan relaks dan sekitar tahun 1970an ketika Perang Vietnam, tentera Amerika Syarikat menggunakan kanabis bagi memulihkan tenaga. Kalau digunakan untuk berubat takpe, itu tak salah. Yan

Indonesia Dakwa Cendol Berasal Dari Sana

Imej
Cendol adalah pencuci mulut yang sangat terkenal di Malaysia sejak dahulu lagi. Ais kisar bersama kuah santan di maniskan dengan cairan pekat gula merah merupakan kombinasi pemanis mulut yang sangat sempurna bersama lemak santan kelapa. Cendol dikatakan sudah bertapak di Malaysia sejak 1930-an lagi dan sesetengah penjual cendol telah mengusahakan perniagaan cendol sejak tiga generasi hingga sekarang. Cendol sangat terkenal di negara-negara Asia Tenggara, dari Filipina, Vietnam yang digelar chè ba màu, Thailand lot chong hingga ke kepulauan Jawa yang di gelar Jendol dan Cendol. Adalah tidak dapat dipastikan siapa pencipta cendol sebenar dan dari mana asal-usul cendol namun setiap negara di Asia Tenggara mempunyai identiti cendol yang tersendiri. Benarkah cendol berasal dari Indonesia? CNN Travel dalam satu laporan yang dikemaskini bertarikh 8 April 2018 telah menyenaraikan Cendol Indonesia sebagai 50 minuman tempatan terlazat di dunia. Imej dari CNN. Sebuah

Like FB Maafsebut