Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2014

Maggi Tiram Kelantan

Imej
Pernah dengar pasal maggi Tiram ?? Aku pun tak pernah dengar. Kalau maggi ketam tu adelah. Maggi tiram ni sebenarnya diperkenalkan oleh member aku sendiri. Dia kata memang sedap dan rugi kalau tak try. Aku ni kalau bab mencari tempat makan sedap memang number 1,so berdasarkan map yang dilisankan oleh member aku tu, aku pegi cari sendiri bersama adelah member-member aku yang lain. Lokasinya menghala ke Bachok, sampai kat simpang 3 Tawang, kena belok kiri, pandu jea straight sampai nampai signboard maggi tiram disebelah kanan jalan. Untuk memudahkan nak cari, lorong nak masuk gerai maggi tiram tu ada kedai hardware. Bila dah masuk lorong, follow jea signboard maggi tiram. Senang jea nak pegi gerai maggi tiram ni walaupun agak jauh kedalam. Sampai saja, ape lagi order maggi tiram lah.Apa yang menarik pasal maggi tiram nih adelah rasanya. Memang sedap sebab kuah dibuat sendiri oleh isteri pokcik Musa, owner gerai.  Bagi aku lagi suka makan mentah macam kat bawah nih. ...

Demam

Imej
Demam..memang takleh nak jangka Bangun tido pagi tadi, rasa sejuk semacam dan badan nih rasa lenguh lain macam. Agaknya sebab aku terlalu penat berkerja kot, bekerja mendekati 12 jam sehari dan non stop dah nak dekat 2 minggu. Aku gagah jugak bangun, mandi terketar-ketar, dan bersiap-siap untuk pegi kerja. Singgah dulu dekat Seven Eleven cari panadol. Meronda dalam pekan cari tempat untuk breakfast. Sejak 2 minggu nih aku tak breakfast benda lain except nasik kerabu. Tak tahu lah tapi yang tu jea aku rasa boleh masuk tekak aku pagi-pagi nih. Alhamdulillah, walaupun demam, selera aku tak kurang, nasik kerabu yang aku makan rasa macam biasa, minum milo suam tanpa susu pun rasa macam biasa. Tak rasa pahit mulut macam selalu. Lepas breakfast, ambik panadol 2 bijik telan. Mintak dengan tuhan supaya demam aku ni cepat kebah. Jangan lah makin melarat. Kalau tak susah untuk aku buat kerja. 

Kota Bharu : Satu Sambungan Yang Terhenti

Imej
Alhamdulillah... Setelah agak lama jugak aku menyepi dari dunia blog, akhirnya hari ini aku dapat sambung balik ape yang aku minat nih...iaitu dunia blog. Ok. Taknak cerita panjang sangat. Jadi, untuk kali ini, aku nak share sikit photo pemandangan bandar Kota Bharu yang sempat aku ambik dari tingkat paling atas Hotel Holiday Villa Wakaf Che Yeh. Tak sangka ya suasana bandar kita ni masih ada feeling kekampungan tu. Dan dibawah ni pulak dari puncak Hotel Perdana. Time dah senja...  Ramai betul tengah bakar sampah...Kalau diperhatikan dari asap tu...  Kota Bharu nampak padat dari sini  Sri Cemerlang Apartment dari jauh  Padat  Construction merata-rata... Matahari dah terbenam

Like FB Maafsebut