Gerai di bulatan Lemal dirobohkan
PASIR MAS - Pisang goreng, air kelapa dan beraneka jenis kuih muih yang dijual di deretan gerai berhampiran bulatan Lemal di sini, sudah sebati dengan penduduk setempat dan orang ramai yang melalui jalan tersebut. Namun, setelah lebih 50 tahun beroperasi, deretan gerai berhampiran bulatan itu akhirnya terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membesarkan laluan dari Jambatan Salor, Kota Bharu ke Rantau Panjang. Kerja-kerja merobohkan gerai tersebut sudah bermula sejak kelmarin oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) mahupun peniaga sendiri selepas PBT mengeluarkan notis mengosongkan kawasan itu pada 20 Mac lalu. Perasaan sedih dan pilu dirasai peniaga, Mazlan Ramli, 41, apabila melihat gerai miliknya dirobohkan. Mazlan berkata, pendapatan sebagai peniaga pisang goreng di laluan berkenaan digunakan ayahnya untuk membesarkan dia dan adik beradik lain. “Kalau tak silap saya lebih 50 tahun keluarga saya berniaga di sini. Tapak gerai ini...