Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Ternyata Adanya Kerabu Sare Dan Solok Lada Sahur Saya Tadi Cukup Berselera

Imej
Selalunya kalau sahur dihening hari, saya nih makan sikit jea, takde selera sangat ditambah pulak dengan mata yang mengantuk. Tapi sahur pagi tadi... Ternyata adanya kerabu sare dan solok lada sahur saya tadi cukup berselera. Menambah nasik dua tiga kali saya. Tak pernah lagi buat macam tu time sahur hari-hari sebelumnya. Memang tekak kelantan. Ada makanan kelantan terus laju jea makan kan...

Colek Sedap Kelantan

Imej
image adalah carian google Masuk saja bulan ramadhan, time tu lah kedai makan berlumba-lumba pakat nak jual colek. Colek nih pulak unik sebab kat luar kelantan memang takde jual, kalau ada pun satu dua tempat jea. Ada satu tempat kat bangi tak silap saya ade jual colek.

2 Bahan Ini Flush Out Kotoran Dalam Perut Anda

Imej
gambar sekadar hiasan Kalau saya tak pun anda bukak facebook, mesti for sure bila scroll down tengok post tak kesah dari member2 fb anda takpun page/group yang anda Like, saya pasti anda akan terjumpa dengan iklan pasal nak cuci perut kan.  Sudah semestinya produk yang diiklankan kononnya untuk cuci perut itu tak murah harganya. Saya sendiri pernah sekali dulu bertanyakan berapa harga produk yang dijual tersebut. Perghhh....harganya memang mahal !!! Beratus kot !!! Fikir banyak kali tu kalau nak beli. Tapi tak perlu risau sebab saya dah temui cara yang simple dan semestinya memang murah untuk cuci perut kita yang kotor tu. Oh yaaa ! Lupa nak share. Nak tahu salah satu sebab perut kita boroi macam orang mengandung berbulan ? Salah satu sebab adalah kerana kekotoran yang terkumpul dalam perut kita tulah. Lama kelamaan kekotoran tu makin banyak sampailah perut kita nih makin lama makin memboroi. So, apekah 2 bahan tersebut ?? Simple jea pun. Cuka buah dan madu. ...

TIPS PEMERIKSAAN KENDERAAN: Apa lagi yang perlu diselenggara selain minyak enjin dan penapis minyak sebelum memulakan perjalanan jauh?

Imej
Setiap kali perkara yang tidak diingini berlaku – kereta rosak dalam perjalanan – terutamanya ketika musim perayaan, satu soalan selalu muncul dari orang sekeliling terhadap pemilik kereta, “Kau tak servis kereta ke sebelum jalan jauh?” “Servis kereta” dalam pemahaman orang kita ialah menukar minyak enjin dan penapis minyak enjin. Bila Hari Raya hampir tiba, selain dari Bazar Ramadan, Uptown dan pusat membeli-belah lain, bengkel dan pusat servis kereta antara premis yang cukup sibuk dan sering dikunjungi pelanggan. Sudah menjadi lumrah dalam masyarakat kita untuk “menservis kereta” setiap kali menjelang Hari Raya. Yang peliknya, pada bulan-bulan lain, ada sebahagian dari pemilik langsung tidak mengendahkan tentang “servis kereta”. Hanya menjelang Hari Raya, barulah mereka teringat untuk “menservis kereta”. Anda jangan terkejut, ada juga yang menganggap dengan hanya menukar minyak enjin dan penapis minyak enjin perjalanan akan menjadi selamat. Sebenarnya menukar minyak enji...

Ke Golok Ponteng Puasa

Imej
RANTAU PANJANG – Pemandangan kereta bernombor pendaftaran Malaysia memenuhi pintu masuk Malaysia Thailand di ICQS adalah perkara biasa setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah. Namun, pelik sekiranya kereta berkenaan memenuhi tempat meletak kereta berdekatan kedai makan di Sungai Golok, ketika bulan Ramadan. Lebih mengejutkan, apabila berlakunya kesesakan lalu lintas di sekitar kedai makan di Sungai Golok, ketika negara mula berpuasa pada 1 Ramadan bersamaan 6 Jun lalu. Beza 1 Ramadan Malaysia dan Thailand Ketika umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada 6 Jun lalu, kaki ponteng puasa ini mula mengatur perjalanan ke Thailand. Mereka mengambil kesempatan ke kedai makan di Golok kerana 1 Ramadan di Thailand jatuh pada 7 Jun. Meskipun rata-rata penduduk di negara ini adalah beragama Islam, namun masih ada yang ‘tumpang sekaki’ dengan penduduk bukan Islam di kedai-kedai makan tersebut. Bukan itu sahaja, ada penduduk mendakwa melihat penjawat awam dan anggota k...

Baju Sado Kau Ado

Imej
Macam-macamlah produk kat pasaran nih sekarang. Latest baju sado lah pulakkk. Menurut owner yang jual baju nih kat facebook, baju sado nih dah lama ade kat pasaran luar negara. Jelas owner lagi yang pemasaran jenis baju sado nih untuk memberi keyakinan kepada lelaki yang terlalu kurus dan yang mengalami masalah man boobs ( man boobs tu ape yea ?? korang cari lah sendiri kat google yea...). Bila akan dipasarkan tak dipastikan lagi dan owner jugak tidak mendedahkan sumber baju sado nih dari mana. Yang pasti owner memang terkejut sebab mendapat lebih 200 whatsapp yang berminat bertanyakan pasal baju sado nih yang dia jual. Lepas nih confirm lah yang automatik jadi sado tapi bukak baju lain pulak jadinya...hahaha Sesiapa berminat nak beli follow dan LIKE facebook Maafsebut . Owner bagitau lepas raya akan dijual !!! sumber : Astro Awani

Bersyukurlah Kita Masih Ada Ibu Bapa

Imej
Selama 9 bulan mak kita kehulu kehilir, bersusah mengandungkan kita. Segala kesakitan dan kesukaran masa mengandung hilang selepas melihat kita selamat sampai kedunia ini. Kedatangan kita disambut penuh gembira diiringin tawa dan tangis. Kita didengarkan dengan azan dan iqamat dan Kita diberi nama yang elok-elok supaya kita juga menjadi seperti mana makna nama kita. Selama kita dibela mak dan ayah, tidak sedikit kurang pun kasih sayang diberikan, kita ditatang bagai minyak yang penuh persis raja. Perhatikan sendiri kenapa. Mak ayah sanggup berjaga kerana kita hinggakan seekor nyamuk nak hinggap pun dikejar habis-habisan. Marah benar mereka hanya kerana seekor nyamuk menyebabkan kulit kita merah dan menangis. Tapi bila kita mengajak meningkat dewasa, apa yang kita rasakan tentang mak ayah kita ? Mereka kita rasakan seperti beban yang mengacau hidup kita. Kita mencari kawan, kita mencari kekasih sebagai ganti. Kerana mereka nie, kita sanggup kononnya berkorban dan bersusah kon...

Progress Rohm Wako di Kelantan

Imej
Kalau anda rajin bawak keta lepas tu meronda di sekitar kawasan perindustrian Pengkalan Chepa, anda akan dapati tak banyak sangat kilang kat situ. Yang banyak hanyalah setakat gudang2 barangan untuk diedarkan serata kelantan.  Antara kilang besar yang wujud kat pengkalan chepa nih adalah Rohm Wako. Kilang yang dimiliki oleh syarikat Jepun ini sudah beroperasi sejak sekian lama kat kelantan, tak silap saya awal 90an lagi. Sekarang nih Rohm Wako tengah expanding operasinya kat sini dengan penambahan blok baru 3 tingkat kat sebelah kilang sedia ada yang tak silap saya menelan kos separuh billion ringgit jugak tu.  Kilang baru Rohm Wako nih pun memang cepat progress construction dia. Dah nak siap pun.  Siap nanti sudah tentu nak pakai ramai pekerja. Ada jugak yang mengeluh yang kata sudah tentu amik pekerja asing dari amik pekerja tempatan. Dont worry sebab polisi syarikat ini tak silap saya hanya bukak peluang pekerja kepada oghe tempatan. Jadinya, sesiapa yang ...

Kerja Naiktaraf & Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Imej
Asalnya kb airport nih dapat menampung max 1.5 juta sahaja tetapi melalui data dari MOT, kb airport dah pun beroperasi melebihi 2 juta penumpang setiap tahun. Ini kerana peningkatan dari segi kekerapan penerbangan dan pertambahan syarikat penerbangan baru seperti Firefly, Malindo dan Rayani sebelum ini tidak wujud.  Untuk terus berkembang, kb airport perlu dibesarkan dan dinaiktaraf. Sebab tulah, dalam bajet 2016, PM Najib mengumumkan naiktaraf lapangan terbang sultan ismail petra bersama-sama dengan beberapa buah lagi airport diseluruh negara.  Kerja naiktaraf dan pembesaran ini menelan kos sebanyak 450 juta ringgit dan meningkatkan kapasiti dari 1.5 juta penumpang sekarang kepada 4 juta penumpang per annum.  Projek naik taraf dan pembesaran LTSIP ini dibahagikan kepada beberapa fasa yang melibatkan pembesaran bangunan terminal, pembinaan menara kawalan trafik dan balai bomba lapangan terbang baharu, kompleks parkir kereta bertingkat, kerja-kerja na...

Cinema Atau Wayang Di Kelantan

Imej
Cerita pasal nak bukak cinema kat Kelantan nih bukan baru, dah lama pun, seingat saya 4 tahun yang lepas iaitu pada tahun 2012 bilamana kalau diperhatikan kat plan KB Mall lepas expansion tu memang ada ruang untuk panggung wayang. So excited lah bukan main rakyat kelantan sebab dapat merasa feeling tengok wayang di negeri sendiri. Tunggu punya tunggu, tahun bertambah, wayang yang ditunggu-tunggu tak dibukak. Excitement tu kembali bila Aeon Mall yang bakal dibukak kat kelantan akan ada TGV didalamnya. So sekali lagi pakat menunggulah warga Kelantan untuk beratur depan TGV bila Aeon Mall dibukak nanti. Tunggu punya tunggu, akhirnya Aeon Mall dibukak dengan rasminya april lepas but so sad, it is without cinema. Menurut pihak sana, mereka tidak dapat memenuhi syarat ketat yang dikenakan kerajaan untuk membolehkan pawagam dibukak. Cerita wayang tak abih kat situ bilamana KB Mall melalui official fb mengumumkan pawagam akan dibukak kat KB Mall julai nanti. Sekali lagi warga kel...

Progress Lebuhraya Kota Bharu Kuala Krai Di Machang ( Central Spine Road )

Imej
Lebuhraya  Rakyat dari Machang ke  Kuala   Krai  sekarang dalam progres, projek ini di buat oleh JK Construction & Consultancy Sdn Bhd (anak syarikat kementeringan kewangan malaysia) yang telah menandatangani perjanjian pada 6 mac yg lepas(rujuk page MB YAB Dato' Ahmad Yakob) Untuk makluman yang leburaya rakyat ni adalah sebahagian dari mega projek  Lebuhraya  CSR menghubungkan  Kota Bharu  dan  Kuala  Lumpur. Lebuhraya  sepanjang 400KM ini dijangka siap sepenuhnya pada 2020. Projek ini diklafisikasikan oleh kerajaan persekutuan sebagai projek berimpak tinggi seperti mana  lebuhraya  pan borneo di sabah dan sarawak. pix kredit to Fly With Me Nak selalu update pasal info progress di kelantan ? Like facebook Maafsebut  

Progress Lebuhraya Kota Bharu Kuala Krai ( Central Spine Road )

Imej
Progress projek  lebuhraya Kota Bharu  ke  Kuala Krai . Nampok pesen laju molek progress dio tu. Ambo beraso sungguh tak sabar nak meluncur laju atas jalan 4 lorong nih ke Kuala Lumpur. Untuk makluman highway KBKK adalah sebahagian dari Highway CSR menghubungkan kota bharu di pantai timur dan kuala lumpur kat pantai barat. Dijangka bila siap kelak pada 2020, akan membawa impak ekonomi yang bukan sedikit kepada kawasan sekitar highway. Pix adalah dari Zohari Hj Akob Untuk sentiasa update dengan perkembangan terkini di kelantan sila LIKE page Maafsebut 

Impian Kelantan Saya

Imej
Saya harap kelantan ini bukan saja maju material semata2 tapi ihsaniahnya jugak. kedua2nya saling maju barulah maju yg sebenar. Ramai disini apa yg saya perhatikan melimitkan pembangunan itu dgn naiknya bangunan semata2. sebenarnya tidak begitu. pembangunan itu meliputi skop yg luas. skop yg melibatkan segala aspek kehidupan masyarakat.

Like FB Maafsebut