Memang mengejutkan, namun ini merupakan perkara fakta dimana Malaysia menduduki tempat pertama di Asia Tenggara paling aktif menonton pornografi kanak-kanak. Laporan dari Mstar Online, mendedahkan, Malaysia mencatatkan bacaan alamat IP tertinggi dalam memuat naik serta memuat turun gambar visual pornografi kanak-kanak. 60 peratus ibu bapa tidak pantau aktiviti online anak-anak Sikap alpa ibu bapa di Malaysia yang membiarkan anak-anak menggunakan telefon bimbit tanpa pemantauan sekaligus memudahkan mereka jatuh ke tangan penjenayah. Hanya 35.6 peratus ibu bapa yang memantau aktiviti anak-anak mereka. Data menunjukkan lebih 20,000 alamat IP di Malaysia memuat naik naik serta memuat turun gambar dan video porno kanak-kanak. Seawal usia 13 tahun kanak-kanak diserang secara seksual Laporan dari Siasatan Seksual, Wanita dan Anak Bukit Aman turut mendedahkan, secara purata seramai 60 kanak-kanak mendapat serangan seksual daripada penjenayah yang dikenali menerusi internet...