Brader Nih Jual Nasik Ayam RM1.90 Untuk Bantu Orang Ramai Especially Yang Anak Ramai
Bukan mudah untuk menjual makanan dengan harga yang murah di zaman yang serba mahal ini, namun peniaga nasi ayam bajet di Gerai Majlis Perbandaran Segamat (MPS) masih mampu menjual sepinggan nasi ayam berharga RM1.90 sepinggan. Menurut Dzaul Kafli, 36, dia bersama isterinya Nur Zara Kassim, 38 menjual set nasi ayam dengan harga murah adalah untuk mengurangkan beban pelanggan terutama mereka dikalangan golongan B40. Katanya lagi walaupun untung diperoleh untuk sepinggan nasi ayam hanya 10 sen sahaja namun mereka menjual dengan harga murah daripada kebiasaan kepada pelanggan yang mempunyai ahli keluarga ramai. “Walaupun untung hanya 10 sen, tetapi saya bersyukur dapat mengenyangkan perut pelanggan terutama dalam kalangan golongan B40 (berpendapatan terendah). “Jadi saya perkenalkan harga jimat bagi memberi ruang kepada mereka merasai set nasi ayam murah tanpa perlu berkongsi,” katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, dia mengecilkan sedikit ukuran potongan ayam p...