Catatan

Kota Bharu : Day & Night

Imej
Sultan Ismail Petra Airport pada waktu pagi. MAS sedia berlepas. AirAsia baru jea sampai Jem di Jalan Hamzah Suasana hening petang di Padang Merdeka Suasana malam Kota Bharu.Ketika ini sebahagian KB sudah pun lumpuh kerana banjir

Projek Kota Bharu : Tijani Raja Dewa

Imej
Dulu, dalam post yang lepas, saya anda share yang Symphony House (formerly known as Bolton Group) ingin bangunkan Jalan Raja Dewa http://maafsebut.blogspot.com/2013/06/symphony-life-bangunkan-jalan-raja-dewa.html Dan ini dia Tijani Raja Dewa oleh Symphony House. Satu pembangunan mewah di Telipot melibatkan strata dan jugak landed residentials. Dari website Symphony House berkenaan projek ini : Tijani Raja Dewa is a two-level elevated living concept at an exclusive address at Raja Dewa, Kota Bharu. It features a private world of lush linear gardens and luxurious homes with low density. Relish in a world that feels like a resort village. Each Superlink Terrace Terrace layouts feature a courtyard. A lower level car park offers an elevated living plane that is free of traffic.  *all pictures above from symphony house's website

Projek Kota Bharu : Sentosa Residence Kubang Kerian

Imej
Masihkah anda semua ingat tentang projek ini ?? Bukankah projek ini terhenti seketika ? Khabarnya kerana isu tanah. Tak tahulah sebab tu pun dengar cerita mulut ke mulut. So, nak kata sahih ke tak tu susah nak cakap. Selepas sekian lama, projek ini Sentosa Residence dimulakan kembali oleh Sentosa Jaya yang bekerjasama dengan Binapuri, syarikat yang based di Kuala Lumpur. Sedikit maklumat yang saya dapati dari website Binapuri berkenaan Sentosa Residence nih : 1 Block Apartment, 27 Storey consist of: 15 Unit Shoplot (Ground & 1st Floor), 8 Unit Shop Office, 373 Unit Apartment and 488 Unit Carpark on Lot 1910, Section 54, Mukim Kenali, Daerah Kubang Kerian, Jajahan Kota Bharu, Kelantan Dan jugak sedikit info yang saya dapati dari The Sun Daily: Bina Puri Holdings Bhd's property arm Bina Puri Properties Sdn Bhd has teamed up with Kelantan-based developer Sentosa Jaya Development Sdn Bhd to jointly develop a RM148.7 million mixed project in Kota B...

Pertama Kali Kuala Lumpur Ke Kota Bharu Dari KLIA2

Imej
Ini adalah pertama kali aku terbang dari KLIA2 untuk pulang ke Kota Bharu. Sebelum ni tak pernah pun. Selalunya aku prefer guna firefly yang kat Subang tu sebabnya convenient. Dekat dengan Kuala Lumpur dan nak suruh sape-sape ambik kat airport Subang pun mudah. Kali ni naik dari KLIA2 sebabnya sekarangkan monsoon season. Kalau nak Firefly takpun Malindo memang terasalah sangat gegarannya kat langit sana. Naik Airasia tak rasa sikit sebab plane dia besar. Nak naik Mas tak 'ghok' pulak sebab tiket yang agak mahal.ke guane ??

Maggi Tiram Kelantan

Imej
Pernah dengar pasal maggi Tiram ?? Aku pun tak pernah dengar. Kalau maggi ketam tu adelah. Maggi tiram ni sebenarnya diperkenalkan oleh member aku sendiri. Dia kata memang sedap dan rugi kalau tak try. Aku ni kalau bab mencari tempat makan sedap memang number 1,so berdasarkan map yang dilisankan oleh member aku tu, aku pegi cari sendiri bersama adelah member-member aku yang lain. Lokasinya menghala ke Bachok, sampai kat simpang 3 Tawang, kena belok kiri, pandu jea straight sampai nampai signboard maggi tiram disebelah kanan jalan. Untuk memudahkan nak cari, lorong nak masuk gerai maggi tiram tu ada kedai hardware. Bila dah masuk lorong, follow jea signboard maggi tiram. Senang jea nak pegi gerai maggi tiram ni walaupun agak jauh kedalam. Sampai saja, ape lagi order maggi tiram lah.Apa yang menarik pasal maggi tiram nih adelah rasanya. Memang sedap sebab kuah dibuat sendiri oleh isteri pokcik Musa, owner gerai.  Bagi aku lagi suka makan mentah macam kat bawah nih. ...

Demam

Imej
Demam..memang takleh nak jangka Bangun tido pagi tadi, rasa sejuk semacam dan badan nih rasa lenguh lain macam. Agaknya sebab aku terlalu penat berkerja kot, bekerja mendekati 12 jam sehari dan non stop dah nak dekat 2 minggu. Aku gagah jugak bangun, mandi terketar-ketar, dan bersiap-siap untuk pegi kerja. Singgah dulu dekat Seven Eleven cari panadol. Meronda dalam pekan cari tempat untuk breakfast. Sejak 2 minggu nih aku tak breakfast benda lain except nasik kerabu. Tak tahu lah tapi yang tu jea aku rasa boleh masuk tekak aku pagi-pagi nih. Alhamdulillah, walaupun demam, selera aku tak kurang, nasik kerabu yang aku makan rasa macam biasa, minum milo suam tanpa susu pun rasa macam biasa. Tak rasa pahit mulut macam selalu. Lepas breakfast, ambik panadol 2 bijik telan. Mintak dengan tuhan supaya demam aku ni cepat kebah. Jangan lah makin melarat. Kalau tak susah untuk aku buat kerja. 

Kota Bharu : Satu Sambungan Yang Terhenti

Imej
Alhamdulillah... Setelah agak lama jugak aku menyepi dari dunia blog, akhirnya hari ini aku dapat sambung balik ape yang aku minat nih...iaitu dunia blog. Ok. Taknak cerita panjang sangat. Jadi, untuk kali ini, aku nak share sikit photo pemandangan bandar Kota Bharu yang sempat aku ambik dari tingkat paling atas Hotel Holiday Villa Wakaf Che Yeh. Tak sangka ya suasana bandar kita ni masih ada feeling kekampungan tu. Dan dibawah ni pulak dari puncak Hotel Perdana. Time dah senja...  Ramai betul tengah bakar sampah...Kalau diperhatikan dari asap tu...  Kota Bharu nampak padat dari sini  Sri Cemerlang Apartment dari jauh  Padat  Construction merata-rata... Matahari dah terbenam

Like FB Maafsebut