Catatan

Perasmian Bentong By Pass Lebuhraya CSR (Kota Bharu ke Simpang Pelangai)

Imej
Hari ini pembinaan Bentong By Pass dirasmikan oleh menteri kerja raya dan menteri pengangkutan. By pass sepanjang 28KM ini dijangka siap pada tahun 2019 dan menelan kos lebih kurang setengah billion ringgit. Bila siap kelak akan mengurangkan kesesakan di bandar Bentong dan melancarkan perjalanan dari/ke Kota Bharu nanti. Lagi info pasal projek adalah seperti berikut : Lagi info berkenaan projek ini : Untuk makluman yang lebuhraya CSR ini bermula di Kota Bharu dan berakhir di Simpang Pelangai. Yang bestnya lebuhraya nih 4 lorong dengan 2 lorong sehala & paling best sebab toll takde lansung !! Untuk info menarik kelantan & kerja kosong, jangan lupa untuk LIKE Facebook Maafsebut 

Sawit Raya labur RM216 juta bina kilang di Kelantan (Tengah Under Construction)

Imej
Sawit Raya Oil Sdn. Bhd sekarang tengah membina sebuah kilang penapis minyak sawit dan pembungkusan minyak masak pertama di negeri ini dengan kapasiti pengeluaran 15,000 tan metrik sebulan. Kilang bernilai RM216 juta itu dibangunkan di tapak seluas 3.74 hektar di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini. Menurut pengerusi Syarikat, Samsuddin Ishak,   Kilang ini dijangka memulakan pengeluarannya akhir tahun depan, dengan jumlah kapasiti pengeluaran tersebut, kilang ini berupaya memenuhi penggunaan minyak masak sebanyak 5,000 tan metrik sebulan di Kelantan dan Terengganu manakala baki pengeluaran akan dieksport ke Kemboja, Vietnam dan Mynmar. Projek ini dijangkakan menyediakan lebih 173 peluang pekerjaan untuk warga kelantan dan  meningkatkan industri hiliran berkaitan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini.  Sumber : Utusan Malaysia 

Sambutan Tahun Baru 2017 Disambut Sederhana Di Kelantan

Imej
Sebagai sebuah negeri yang mementingkan keilmuan dan tidak menyukai hiburan berlebihan, kerajaan negeri semalam menganjurkan sambutan ambang tahun baru dengan diisi aktiviti2 majlis ilmu. Ustaz tersohor iaitu Ustaz Azhar Idrus dijemput untuk memberi ceramah sempena tahun baru semalam. Selepas itu solat hajat dilaksanakan dipimpin sendiri Dato Menteri Besar memohon agar kelantan sentiasa dilimpahi rahmat olehNya.  Berikut adalah gambar2 sambutan tahun baru kelantan semalam Pastikan anda LIKE Facebook Maafsebut untuk info menarik Kelantan/Terengganu !!!

KTMB Rancang Komuter Macam ETS di laluan Pantai Timur 2018

Imej
KTMB merancang untuk menyediakan perkhimatan komuter macam ets kat pantai timur bila kerja2 upgrade landasan sedia ada pantai timur siap sepenuhnya. Ratus2 juta ringgit kot kerajaan spend untuk kerja upgrade nih. 

Hospital Bachok Selepas Lama Tertangguh Akhirnya

Imej
Alhamdulillah. Ini memang berita baik kepada warga Bachok. Sudah lama warga Bachok memerlukan hospital di jajahan tersebut memandangkan Bachoklah satu2nya jajahan yang tiada hospital sendiri. Kalau memerlukan rawatan, mereka perlu travel jauh ke hospital di jajahan lain seperti Kota Bharu dan Pasir Puteh. Berikut adalah progress terkini hospital baru Bachok. Dah start piling pun  Hospital nih dah bertahun2 rasmi tetapi kerana politik banyak kali tertangguh. Alhamdulillah sebab kerajaan sekarang menolak politik ketepi dan lebih mementingkan kesejahteraan rakyat.  Pastikan anda LIKE Facebook Maafsebut untuk tidak tertinggal info menarik Kelantan/Terengganu/Malaysia

KE MANA PERGI DERMA UNTUK LEBUHRAYA RAKYAT

Imej
Orang ramai yang menyumbang bagi membina projek Lebuh Raya Rakyat tidak perlu bimbang, derma mereka kini digunakan bagi menyiapkan pembinaan sebuah jambatan di laluan itu.  Sehingga sekarang sebanyak RM3 juta diderma pelbagai pihak untuk tabung projek LLR. Pembinaan lebuhraya rakyat ini adalah sepanjang 10 kilometer dari Bukit Tiu ke Kampung Berangan Mek Nab di Machang. Sehingga sekarang lebih 20 peratus pembinaan lebuhraya rakyat telah pun siap. Menurut exco terlibat, menyatakan yang p rojek berkenaan yang melibatkan kos kira-kira RM320 juta berjalan lancar di mana kerja-kerja berkaitan tanah sudah selesai dijalankan.  Kini pembinaan sebuah jambatan di laluan berkenaan sedang giat dijalankan. Pada peringkat awal kerajaan negeri merancang membina LLR dari Bukit Tiu, Machang sehingga Dusun Damar, Kuala Krai sejauh 30.5 kilometer. Projek itu bakal disambung dengan projek lebuh raya Pakej 1B dari Pasir Hor ke Kadok sejauh tujuh kilometer yang sedang dibina kerajaan Pe...

Progress Pembinaan Hospital Kuala Krai Yang Memang Cukup Besar

Imej
Berikut adalah progress terkini pembinaan hospital Kuala Krai di Kuala Krai, Kelantan. Bila siap kelak next year akan menjadi hospital kedua terbesar selepas HUSM dan HRPZ2. Pemandangan progress hospital dari udara Tak silap saya hospital Kuala Krai adalah adalah 1st hospital kat Kelantan yang ada escalator didalamnya. Siap kelak akan menyediakan kemudahan kesihatan dan jugak menjadi rujukan bagi hospital2 jajahan Kelantan Selatan. Pastikan Like Facebook Maafsebut untuk info menarik Kelantan/Terengganu & untuk mengetahui latest jawatan kosong di kelantan/terengganu

Like FB Maafsebut