Catatan

Warga Terengganu Ini Sanggup Berbelanja Beratus Ribu Ringgit Untuk Memulihara Rumah Tradisional Terengganu

Imej
Seorang pesara guru sanggup membelanjakan wang lebih RM700,000 semata-mata mahu memenuhi impiannya memiliki rumah tradisional Terengganu. Saari Jusoh, 58, nyata gembira apabila dia kini mempunyai dua rumah antik Terengganu iaitu rumah bujang yang dibina pada 1879 dan rumah tele berusia lebih 100 tahun. Rumah bujang yang diperbuat daripada kayu cengal itu dibeli sejak 20 tahun lalu di Kampung Nisan Empat, Tanjung dengan harga RM60,000 dan ditempatkan di pekarangan rumahnya di Kampung Laut dekat sini. Sementara itu, rumah tele yang dibeli di Kampung Tanjung dengan harga RM70,000 sebelum diubah suai dengan kos sebanyak RM650,000 itu kini berada di pekarangan di Kampung Tok Kaya. Saari berkata, dia tidak kisah menghabiskan wang untuk merealisasikan impiannya memiliki rumah tradisional Terengganu itu. “Jika orang tanya tentang simpanan, saya tidak mempunyai wang simpanan kerana semuanya sudah dihabiskan sebaliknya hanya memiliki dua rumah yang berharga itu. “Semua wan...

Nanti Tiada Lagi Yang Dapat Masukkan Kita Dalam Group Whatsapp Sesuka Hati

Imej
Bila bukak whatasapp dan dihujani oleh beratus mesej dari group Whatsapp mampu membuatkan kita semua rasa bengang !! Kenapa tak bengang kalau entah sapa yang masukkan kita dalam group lepas tu entah apa group pulak tu. Banyak group merapu dimana mesej masuk tak henti-henti sehingga hang telefon. Jadi satu kerja pulak nak clean up sampah-sampah ini. Melihat kepada masalah yang berlaku serta dalam usaha untuk menjaga privasi pengguna, dilihat WhatsApp melalui WhatsApp Beta telah mula menawarkan fungsi terbaru yang meminta izin pengguna terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam sebuah WhatsApp Group. Fungsi terbaru ini dijangkakan bakal ditawarkan buat pengguna iOS terlebih dahulu sebelum ditawarkan buat pengguna Android.

Fuziah kesal perlombongan bauksit dibenarkan semula

Imej
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menegaskan, standard prosedur operasi (SOP) yang digariskan kerajaan untuk membenarkan semula aktiviti perlombongan bauksit akan menyebabkan pencemaran air. Menurut beliau, pemprosesan bahan mineral itu menyebabkan air yang digunakan untuk membersihkan bijih bauksit akan dicemari logam berat sebelum mengalir ke sungai. "Berkenaan dengan isu ini, saya ingin menyatakan kekhuatiran saya dari aspek SOP yang diperkatakan. "Memproses bijih bauksit akan melibatkan sisa air yang mengandungi logam berat," kata Fuziah menerusi kenyataan kepada media di sini hari ini. Fuziah berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar semalam yang mengumumkan kegiatan perlombongan bauksit di daerah ini diteruskan bermula April depan dengan syarat perlu mematuhi SOP termasuk membersihkan bijih mineral itu sebelum dieksport. Sehubungan itu, Fuziah yang memilih untuk bercakap sela...

Maggi Tiram Kelantan VS Tiram Dimakan Mentah

Imej
Pernah dengar pasal maggi Tiram ?? Aku pun tak pernah dengar. Kalau maggi ketam tu adelah. Maggi tiram ni sebenarnya diperkenalkan oleh member aku sendiri. Dia kata memang sedap dan rugi kalau tak try. Aku ni kalau bab mencari tempat makan sedap memang number 1,so berdasarkan map yang dilisankan oleh member aku tu, aku pegi cari sendiri bersama adelah member-member aku yang lain. Lokasinya menghala ke Bachok, sampai kat simpang 3 Tawang, kena belok kiri, pandu jea straight sampai nampai signboard maggi tiram disebelah kanan jalan. Untuk memudahkan nak cari, lorong nak masuk gerai maggi tiram tu ada kedai hardware. Bila dah masuk lorong, follow jea signboard maggi tiram. Senang jea nak pegi gerai maggi tiram ni walaupun agak jauh kedalam. Sampai saja, ape lagi order maggi tiram lah.Apa yang menarik pasal maggi tiram nih adelah rasanya. Memang sedap sebab kuah dibuat sendiri oleh isteri pokcik Musa, owner gerai.  Bagi aku lagi suka makan mentah macam ...

Beruntung Menjadi Rakyat Terengganu !! Even Menetap Di Luar Terengganu Turut Dibantu

Imej
Anak Terengganu yang menetap ataupun bekerja di luar negeri layak untuk memohon pinjaman Tabung Usahawan Sejahtera Terengganu (TUGAS). Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, usahawan ataupun mereka yang berminat menjadi usahawan yang berada di luar Terengganu layak untuk memohon pinjaman ini. Jelasnya, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) pada kali ini telah menyediakan pinjaman perniagaan tanpa faedah buat semua perantau yang layak. "Alhamdulillah dalam Bajet 2019, kerajaan baharu telah memperuntukkan RM 15 juta. "Sebelum ini usahawan (anak) Terengganu yang berada di perantauan tiada peruntukan, tiada bajet dari kerajaan negeri sebelum ini," ujarnya. Sesiapa sahaja perantau yang lahir di Terengganu layak memohon, tetapi dengan syarat alamat mengundi di Terengganu. Untuk rekod, Kerajaan Terengganu telah melancarkan TUGAS pada 29 J...

Siapa Lagi Nellang - MB Terengganu

Imej
"Siapa lagi `Nellang'," kata Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika memaparkan gambar aksi tendangan penalti beliau bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Padang Sintetik Stadium Mini Mak Cili, Chukai dalam status Facebooknya, semalam. Kedua-duanya menjaringkan gol seolah-olah seri satu sama apabila berjaya mengelirukan penjaga gol pinjaman, satu aksi penalti yang menggembirakan semua. Aksi tendangan penalti sebagai gimik perasmian itu disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukari Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, kakitangan kerajaan dan orang ramai yang hadir di padang tersebut. Kedua-dua kepimpinan kerajaan negeri dan Pusat itu menghadiri Majlis Penyerahan Padang Sintetik tersebut oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia kepada Majlis Perbandaran Kemaman, di sini, kelmarin. Ketika ditanya pemberita, Syed Sad...

Berhati-Hati !! Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Hujung Mac

Imej
Berhati-Hati !! Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Hujung Mac Jangan lupa minum banyak air kosong, sediakan payung, sunblock, tuala dan peralatan yang boleh lindungi kulit anda daripada cuaca panas. Ia berikutan fenomena cuaca panas yang melanda bahagian barat Semenanjung dan Sabah dijangka berterusan hingga hujung Mac ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca panas yang berlaku ketika ini adalah fenomena biasa yang melanda negara berikutan penghujung monsun timur laut. Menurut laporan lagi, lazimnya, ketika fasa akhir monsun timur laut ini, memang akan berlaku kenaikan suhu berikutan kekurangan hujan yang mana suhu yang dicatatkan sekarang adalah 34 hingga 36 darjah Celsius berbanding suhu biasa 32 hingga 34 darjah Celsius. Bagaimanapun fenomena cuaca panas itu tidak berlaku di negeri-negeri pantai timur dan Sarawak. “Bulan Februari ini memang taburan hujan yang dicatatkan sangat rendah terutama di negeri utara yang mana ada temp...

Like FB Maafsebut