Catatan

Ikan Bekok Tumpat Pikat Selera Pelancong London

Imej
Tarikan Pantai Geting sebagai tapak Pesta Wau Antarabangsa sahaja, rasanya tidak cukup. Mana tidaknya, di kawasan ini juga ada perkampungan nelayan yang menjadikan hasil lautnya punca rezeki mereka. Selain pusat pengeluaran ikan kering, ikan bekok mula meniti di bibir penggemarnya. Bila ditanya apa beza ikan kering dengan ikan bekok, hanya penduduk pesisir pantai dapat membezakannya.Namun sejak ikan bekok mula dikomersialkan oleh penduduk Kampung Pantai Geting, makanan ini iaitu ikan yang direndam air garam dan dijemur mula diterima tekak orang bandar. Dengan suasana Kampung Pantai Geting itu tidak salah kampung ini menerima jolokan kampung ikan bekok kerana di sini satu-satunya tempat pengusahaan ikan bekok secara komersial. Kedai makan Kak Pah jadi tumpuan penggemar ikan bekok Sejak tular setahun lalu, kedai makan Kak Pah Ikan Bekok di Kampung Pantai Geting jadi tumpuan. Aroma ikan bekok yang digoreng panas-panas menusuk hidung sesiapa sahaja sehingga membangkit...

Selalu Dikecam Kat Media Social Menjadikan Saya Seorang Yang Tabah

Imej
Nih saya nak bagitau. Saya setiap hari dikecam,dikutuk dan dicarut kat media social. Itu terjadi adalah kerana saya adalah seorang admin kepada page facebook yang popular di pantai timur. Apa saja saya buat seolah-olah semua tak kena dikalangan netizen yang mengomen kat page Maafsebut. Semua benda hendak dikecam, dikutuk dan ada yang melampau pernah saya hadapi adalah dipanggil murtad. So macam mana saya hadapi semua itu ? Kecewa & sedih Time awal-awal page Maafsebut mulai popular dan makin ramai yang memberi komen, saya rasa kecewa dan sedih apabila ada yang mengecam terutamanya apabila apa yang saya post macam takde mengena lansung dengan apa yang hendak dikecam. Boleh dikatakan time ini, setiap hari saya nak berhenti terus dari dunia social media. Saya merasakan dah malas nak update apa-apa di Page Maafsebut kerana saya rasa seperti tak dihargai. Korang paham-pahamlah sendiri saya tak pernah mencarut tetiba ada yang mencarut kaw-kaw yang ditujukan kepada saya, c...

Syarikat Anak Terengganu Mahu Mengeluarkan Kereta Elektrik

Imej
Gambar sekadar hiasan sahaja Saknih saya baca dalam The Edge Malaysia sebuah syarikat yang berpengkalan di Terengganu dan diterajui oleh anak Terengganu mahu mengeluarkan kereta elektrik secara pengeluaran besar-besaran untuk pasaran Eropah dan China. Menurut apa lagi yang say baca dalam suratkhabar bisnes keluaran mingguan ini, syarikat ini memang dah bersedia kerana dari segi modal sebanyak RM5 billion pun dah ada pihak mahu membiayainya dan syarikat ini sudah pun mempunyai Advanced Modular Platform (AMP) yang boleh digunakan sebagai platform untuk pelbagai design jenis kereta, contohnya untuk SUV hinggalah ke kereta biasa. AMP ini penting untuk mengurangkan kos pembangunan dan manufacturing. Yang menariknya lagi, syarikat yang diterajui oleh anak Terengganu ini telah disenarai pendek oleh kerajaan persekutuan sebagai kereta nasional ketiga. Jika berjaya, mereka bercadang mahu mempamerkan prototype di Geneva International Motor Show yang dijangka bulan March tahun depa...

#KelantanKindness Kini Trending Kat Twitter

Imej
Seorang rakyat Malaysia yang menggunakan nama Ad-Dien telah mencetuskan fenomena #KelantanKindness di twitter sehingga ianya menjadi trending bertujuan untuk menepis dakwaan kononnya semua rakyat Kelantan berperangai tak molek. Beliau telah mengajak pengguna twitter lain berkongsi kebaikan rakyat Kelantan dengan hastag #KelantanKindness. Perkongsian beliau di twitter ini telah mendapat 6690 retweet dan 7353 likes setakat ini. Selalu tengok orang sebarkan kebencian seluruh negeri Kelantan kalau ada kes jenayah or isu viral. Tak baik & tak adil lah pukul rata macam tu. Saya percaya ramai kawan-kawan kelantan yang baik. Reply tweet ni dan kongsikan pengalaman baik mereka #KelantanKindness 🥰💛 — Ad-Dien (@AdDien90) July 22, 2019 Berikut adalah pengalaman non kelantanese sendiri berkawan dengan orang kelantan dan terbukti ramai orang kelantan yang baik Hashtag #KelantanKindness turut mendapat perhatian UNICEF Malaysia yang mengatakan menyebarka...

Kanak-Kanak Perempuan Berusia 6 Tahun Ini meraih RM12 Juta Sebulan Sebagai Youtuber !!

Imej
Laman Youtube merupakan salah satu platform yang diguna pakai untuk menyampaikan pelbagai jenis maklumat dalam bentuk video. Selain platform untuk mendapatkan maklumat, Youtube juga dijadikan medium bagi sesetengah individu untuk mengaut keuntungan malah turut ada yang menjadikannya sebagai kerjaya. Perkara ini berikutan terdapat ramai “Youtuber” yang memperolehi pendapatan sehingga puluhan ribu ringgit setiap bulan dengan hanya menghasilkan video berkualiti untuk dimuat naik ke dalam laman Youtube. Begitulah yang dinikmati oleh seorang bintang cilik Youtube yang dikenali sebagai Boram apabila pendapatan bulanannya mencecah sehingga jutaan ringgit. Kanak-kanak yang berusia enam tahun ini telah mempunyai 30 juta pengikut bagi dua saluran Youtube miliknya iaitu Boram Tube Vlog dengan 17.5 juta pengikut dan Boram Tube ToyReview dengan 13.6 juta pengikut. Beberapa video yang dimuat naik telah menarik lebih daripada 300 juta penonton. Oleh itu, tidak hairanlah pendapatan ka...

Ujian Besar Allah Buat Kelantan, Ujar MB Kelantan

Imej
“INI cabaran ketika kita memimpin atas nama Islam, tempat (negeri) kuat Islam, maka syaitan pun besar. Kalau negeri yang tidak kuat (Islam) memang tidak dibangkitkan perkara ini,” kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob. Beliau mengulas mengenai perbuatan remaja perempuan memijak kitab menyerupai al-Quran yang video mengenainya tular di media sosial sejak kelmarin. Ahmad menyifatkan insiden itu sebahagian cabaran dan ujian besar Allah SWT kepada kerajaan Kelantan. Katanya, walaupun itu kes terpencil, ia tidak sepatutnya berlaku di negeri berkenaan dan kerajaan negeri berusaha untuk melahirkan anak muda yang bermaruah dan berakhlak. “Apabila kita berusaha kuat untuk melahirkan orang-orang yang baik dan berakhlak, maka kita berdepan cabaran seperti ini. “Pelbagai program yang dianjurkan menerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan serta badan bukan kerajaan (NGO) untuk anak muda di negeri ini, tetapi tidak semua orang dapat kita didik dan asuh,” katanya ketika dit...

Kenapa Time Couple Semua Indah Belaka TAPI Bila Dah Kahwin Lain Pulak Ceritanya ??

Imej
Semua manusia telah diciptakan berpasang-pasang supaya dapat hidup dalam suasana kekeluargaan yang sangat indah. Setiap pasangan pastinya akan mengharungi pelbagai ujian dan cabaran disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kesefahaman yang tidak baik. Namun begitu, tahukah anda bahawa kebanyakan pasangan kekasih yang belum berkahwin menjalani hubungan yang indah tanpa masalah dan ujian yang banyak. Tambah lagi, pasangan kekasih tersebut akan menikmati pelbagai keindahan sebagai pasangan kekasih. Perkara ini bertentangan dengan pasangan yang telah berkahwin, di mana pasangan ini sering mengalami masalah sehingga boleh menyebabkan keretakan rumah tangga. Oleh itu, timbul persoalan ramai orang termasuklah seorang pemilik akaun Twitter Iffatsalleh yang melihat pasangan yang belum berkahwin menjalani hubungan yang indah dan sebaliknya bagi pasangan yang telah berkahwin. Kenapa bila kapel, semuanya indah tapi lepas kahwin, semuanya berbeza? Yang belum kahwin atau bakal be...

Like FB Maafsebut