Ceritera Blog
Sungguh saya katakan, saya teruja dan kagum membaca artikel-artikel hasil typing bloggers di alam internet. Tak kiralah ianya berkaitan tentang apa. Bermula dari kupasan tentang kereta, architecture seantero benua, gossip artis dan pelbagai lagi yang memang terlalu banyak untuk diberi contoh satu persatu disini sehinggalah hal ehwal politik tanah air yang popular bukan sahaja dikalangan kaum muda tapi juga kaum tua. Kehebatan dan pengaruh blog yang mampu membuatkan seseorang panas punggung sehinggakan menjatuhkan kerajaan yang dilihat tidak berkemampuan. Lihatlah sendiri apa yang boleh dilakukan oleh wikileads (saya bukan peminat dan pemuja blog ini cuma berkongsi impak besar yang dibawa blog ini). Seantero dunia digegarkan dengan pendedahan yang dianggap secret dikalangan diplomat Negara sehingga apa yang boleh disaksikan sekarang semua Negara mula mengambil tindakan berhati2 terutamanya membincangkan isu Negara lain. Kerana apa? Takut nanti menjejaskan survival Negara terbabit teru...