Rumah Paling Mahal DiDunia

1.Antilla, india

Bangunan setinggi 27 tingkat ini adalah rumah milik jutawan ke 5 terkaya didunia, Mukesh Ambani. Dengan rekaan kontemparari moden, ianya menelan kos sebanyak 1 billion dollar amerika ataupun 3.2 billion ringgit. Dengan hiasan luaran kebanyakan kaca, ia memiliki siling yang tinggi.

Dinamakan sempena pulau mistik era atlantik, Antilla dilaporkan mempunyai keluasan 400000 kaki persegi dan setinggi 570 kaki. Apa yang lebih mengangumkan, antilla mempunyai tempat letak kereta setinggi enam tingkat, panggung wayang persendirian, dewan, studio tarian dan 3 tempat helicopter mendarat. Pemilik dilaporkan menggaji 600 pekerja untuk menguruskan antilla.

2.Villa Leopolda,Perancis

Villa yang mengadap French Riviera, dengan 115 km pesisir pantai dibina oleh Raja Leopold II, raja Belgium untuk kekasihnya Blanche Zella Josephine Delacroix yang turut dikenali sebagai Caroline Lacroix. Villa ini digunakan sebagai hospital tentera ketika perang dunia kedua. Setiap kali pemiliknya bertukar tangan, villa ini akan diubahsuai sesuai dengan kehendak pemiliknya. Sekarang, villa ini kepunyaan Lily Safra, diwarisi dari suaminya, jutawan bank, Edmond Safra. Lily Safra mewarisinya apabila suaminya meninggal dunia dalam satu kebakaran dirumahnya diMonaco pada tahun 1999.

Dilaporkan jutawan Rusia, Mikhail Prokhorov cuba untuk membeli villa ini dari Lily Safra pada harga £347 juta dan hasilnya rugi sebanyak £35 juta wang pendahuluan.

3.LaBelle Epoque, Monaco

Pemilik asal Edmond Safra terbunuh dalam saru kebakaran misteri di rumah ini di Monte Carlo pada tahun 1999. Pemaju hartanah dan senireka dalaman British, Christian dan Nick Candy membeli tempat ini pada tahun 2008, membaikpulih dan menjualnya pada September 2010 kepada pembeli tidak diketahui sebanyak £199 juta. Media membuat spekulasi pemilik baru adalah jutawan Greek ataupun pelabur timur tengah, Dengan keluasan 17500 kaki persegi, villa ini mempunyai pemadangan marina. Villa ini mempunyai 3 bilik, pustaka, bilik panic, spa, gym, panggung wayang dan kolam renang.

4.A Penthouse In One Hyde Park, London

Adalah menarik macam mana personality disebalik hartanah mahal ini terkait. Christian dan Nick Candy mereka rumah agam enam bilik seluas 20000 kaki persegi dikawasan kejiranan baru One Hyde Park di London dan dijual kepada pembeli tidak diketahui pada harga £140 juta.

Uniknya disini, ianya dikawal oleh pengawal Special Air Services, cermin tahan peluru, pengimbas mata, bilik panic dan lorong rahsia menghalang kearah Mandarin Oriental Hyde Park. Mandarin Oriental Hyde Park adalah pihak yang mengurus dan menawarkan khimat bilik 24 jam kepada penduduk A Penthouse In One Hyde Park. Mengandungi 86 unit, kerja pembinaan dijangka siap tidak lama lagi.

5.Franchuk Villa, London

Villa 5 tingkat ini asalnya adalah sekolaj perempuan Victoria sehinggalah tahun 1997 dan dinaiktaraf pada tahun 2006 dengan kos USD 15.8 juta. Ianya dibeli oleh Elena Franchuk pada harga USD80 juta pada februari 2008 dan dinamakan semula sebagai Franchuk Villa. Villa ini mempunyai 10 bilik, kolam renang bawah tanah, teater movie, panic room, sauna dan gym.

6. The Manor, Los Angeles

Dibina pada tahun 1991 diatas tanah seluas 56000 kaki persegi, The Manor mempunyai 123 bilik. Mempunyai beberapa kolam renang, tiga dapur, dewan sukan, kebun, dan bowling alley. Juga terdapat muzium patung, bilik dikhususkan untuk membungkus hadiah dan tingkat yang dikhusukan untuk memerhati langit.

Rumah kepada penerbit filem Aaron Spelling, dia mengalami serangan angin ahmar beberapa kali dan meninggal dunia pada usia 83. The Manor disenaraikan untuk dijual pada tahun 2009 pada harga tawaran USD 150 juta.

7. Updown Court, Surrey

Asalnya dibina pada tahun 1924 oleh Sam Gaye.terbentang seluas 58 ekar, ianya dilaporlan lebih besar dari Istana Buckingham. Mempunyai 79 bilik, 24 bilik air, bowling alley, teater movie yang besar, beberapa kolam renang. Lantainya dilapisi emas 24 karat di 22 bilik tidur dan 27 bilik air. Rumah agam ini rosak teruk dalam satu kebakaran pada tahun 1987 dan pereka, Leslie Allen Vercon membelinya pada harga USD40 juta dan membinanya semula. Ianya untuk dijual sejak tahun 2005 pada harga USD 139 juta.

8. Dracula Castle, Romania

Dibina pada abad ke 14, Dracula Castle mempunyai 17 bilik tidur termasuk 17 bilik menyimpan barangan antic dan artifak sejarah. Ianya dijual dipasaran pada harga USD135 juta.

Merupakan kubu, kastam dan pejabat majlis tempatan dan sebagai kediaman diraja pada awal abad ke 20. Terkenal kerana lagenda drakula, ianya adalah kediaman Bram Stoker’s Dracula suatu ketika dahulu.

Sekarang berfungsi sebagai muzium mempamerkan hasil seni dan perabot milik Queen Marie. Seramai 450000 orang mengunjunginya setiap tahun.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?