DULU DULU DAN KINI KINI

Kalau dibandingkan zaman dulu dan sekarang, memang banyak bezanya sehinggakan kita sering mengeluh kalaulah masa dapat diputarkan. Kenapa? Memang ada sebabnya.

DULU

Kalau setakat nak berjalan kaki pada waktu malam tu memang tiada masalah. Tiada apa yang perlu ditakutkan. Kalau ada pun takut bayangan hantu imaginasi yang kononnya menyorok dalam kebun pisang ataupun tempat yang gelap. Kes pecah rumah memang jarang. Kalau pintu tak berkunci tiada masalah.

SEKARANG

Bagi perempuan, selalu kena waspada, beg kemas kena pegang. Memang ramai yang berminat. Lagi lah kalau waktu malam. Sekarang, kalau keluar sorang2, terutamanya perempuan memang bahaya. Rumah2 banyak yang bergerigi dan berpagar. Seolah2 terpenjara dalam rumah sendiri. Manakan tidak, kes pecah rumah memang acap, bukan setakat waktu malam, siang pun pencuri bedal. Boleh kata semua tempat ada potensi bahayanya, mesin atm, dalam kereta, dalam bas, dalam komuter.

DULU

Jiran sebelah macam adik beradik. Senang lagi nak minta tolong. Waktu kenduri tak payah susah memikirkan apa nak dibuat. Satu kampong akan datang tolong. Anak orang lain macam anak sendiri. Kalau ada apa salah, terus dihukum, mak bapak memang sokong.

SEKARANG

Jiran sebelah nama pun tak tahu, inikan pula nama bini dia. Terserempak kat mana2, rasa macam kenal. Kenduri? Tak apa sebab catering kan ada. Kalaulah kita tegur anak jiran yang buat silap, kita pula yang ditegur kerana masuk campur hal rumah tangga orang lain, siap disuruh kita betulkan diri sendiri dulu.

DULU

Bawa rm50 ke supermarket sudah mencukupi untuk beli barangan keperluan rumah. Kadang2 ada lebih lagi. Boleh dikatakan semua benda murah. Tiket bas baru rm25,gula2 seposen dua, makan kat restoran kalau bawa rm10 dah dikira agak berbaloi.

SEKARANG

Tiada apa yang murah sekarang. Semua mahal. Kononnya kos naik, semua naik, jadi harga barang kena naik. Petrol naik, esok harga barang dah naik. Tepung naik, harga makanan tak sempat esok dah naik. Minta milo dikasi olego. sakit hati aku. Yang hairannya kalau harga bahan asas turun, tiada la pula yang nak turunkan harga. Gaji pun takde la pula naik macam harga barang. Makin hari duit dalam dompet macam dah tak bernilai.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?