PERIHAL PENGEMBARA


Aku lebih suka dengan cara bercerita dan aku ingin bercerita perihal seorang pengembara. Zaman dahulu kala, adelah 2 orang pengembara di tanah arab. Tujuan mereka ingin ke Baghdad untuk menuntut ilmu. Masa itu Baghdad terkenal sebagai kota ilmu. Sebut saja ilmu ape, semua ade. Maka mengembara lah mereka berdua merempuh segala macam dukaan. Dulu mane ade kapal terbang. Paling comman pun unta tapi mereka ni tak mampu nak afford unta kerana mahal sangat. Unta tu ibarat BMW la zaman sekarang. Disebabkan penat, kena berjalan lagi, dua2 berada dalam situasi tensen. Sabar sahaja pendinding mereka. Satu hari mereka kehabisan bekalan ditengah jalan. tengah padang pasir pulak tu. Konon2 nak release tensen, sang sahabat ni buat la lawak. Entah apehal, yang sorang lagi takleh nak terima lawak tu. Hangin satu badan terus ditampar sahabatnya itu. Berguling2 yang kene tampar tu atas padang pasir. Berpusing bintang atas kepala. Lupe lak nak bagi nama. Baiklah, yang pertama bernama Hashim(yang kene tampar) dan yang kedua Kasim. Jadi, ape yang Hashim buat? Adakah dia membalas balik tamparan Kasim tu? Dia tak balas pun tapi dia tulis kat atas pasir “hari ni sahabat aku menampar aku” dan dipadamkan dengan tangan dia. Kasim yang tadi tengah hot berasa hairan dengan Hashim. Nak tanya segan. Maka Kasim diam je. Mereka berdua meneruskan perjalanan dan mereka tiba disebuah pekan oasis sudah agak lewat. Mereka berdua mendirikan khemah ditepi oasis selepas siap membeli bekalan. Tengah2 berehat tu Hashim yang melihat Kasim diam dari tadi lagi menegur “eh, Kasim, kenapa dari tadi ana tengok anta senyap je? Rindu kampung ke?”.” Ana hairan dengan anta. Anta tak balas balik pun tadi. Itu yang menjadi persoalan dalam kepala ana” jelas Kasim. Hashim hanye tersenyum dan menghabiskan kopi yang tinggal separuh. ” Kasim, cube anta tengok diatas. Cantik kan bintang2 tu. Mereka tak tergantung tak pula jatuh. Hebat betul Allah,” bicara Hashim. “Betulkan kata anta. Waktu malam sejuk sebab Dia tahu waktu ini untuk berehat. Kalau panas juga macam mana nak tidur,” kata Kasim. Mereka terus bercerita tentang alam sehinggalah tertidur. Esoknya pengembaraan ke kota baghdad diteruskan. Mereka predict dalam 3 hari lagi kalau tiada halangan sampailah mereka ke sana.
Mereka terus berjalan hinggalah sampai ke sebuah lembah. Kasim menjenguk kebawah.”kalau ana jatuh kebawah ni konfirm ko nie” kata kasim dalam hati. Mereka berdua berjalan dengan berhati2 dan kadang2 menjeling kebwah. Dalam hati mereka tak henti2 berdoa minta selamat sebab dua2 nie fobia tempat tinggi. Entah macam mana Hashim tergelincir dan terjatuh kedalam lembah. Nasibnya baik dapat berpaut pada sebatang dahan pokok. Hashim menjerit meminta tolong. Kasim dah menggelabah. panik. tak tahu nak buat ape. tanpa berfikir panjang, Kasim mengambil pakaian yang dibawa dan disambung2 hingga cukup panjang. Dihulurnya pada Hashim tapi malangnya tak sampai. “macam mane nie” keluh Kasim. Dia ternampak sebatang pokok betul2 tepi lereng. Pakaian yang dibuat tali diikat pada dirinya dan pada pokok tadi. Perlahan2 Kasim turun ke bawah lembah dan cuba menghampiri Hashim sedekat boleh. Kasim berjaya memegang tangan Kasim dan terus mereka berdua naik ke atas. “terima kasih Kasim. Hanya Allah membalas budi anta” kata Hashim dan sambil memeluk Kasim. Setelah berehat sekejap mereka menyambung perjalanan. Malam itu ketika mereka berhenti untuk berehat Kasim perasan Hashim menulis sesuatu dan kali ini diatas batu. Bertambah hairan Kasim. Perasan ingin tahu bertambah. Kasim akan cuba bertanya jika waktu sesuai.
Setelah lama mengembara, akhirnya mereka berdua sampai ke Baghdad. Mereka berdua akan berpisah menuju tempat tujuan mereka. Dan ketika inilah Kasim bertanya kepada Hashim perihal dirinya menulis diatas pasir dan batu.”sahabatku kasim, ana menulis kesalahan anta diatas pasir kerana ana berharap pasir akan meniup kesalahan itu pergi jauh2.Ana dah kenal anta dah lama. Takkanlah sebab kesalahan kecil anta, ana hendak berdendam dengan anta. Dan ana menulis jasa anta diatas batu semoga ana takkan melupakan budi baik anta sampai bila2″ jelas Hashim panjang lebar. Dan setakat ini sajalah yang aku boleh ceritakan. Aku juga berharap jadi macam hashim. dia senang untuk memaafkan temannya Kasim dan sentiasa mengenang jasa baik Kasim.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?