Disebalik Penipu Ada Juga Yang Jujur

Lebih kurang 4 tahun lepas ketika masih menetap di Selangor, penulis on the way ke KL Sentral untuk pulang ke kampong di Kelantan. Biasanya penulis akan ke sana dengan komuter kerana berdekatan dengan tempat tinggal penulis dan sudah tentu tiketnya murah berbanding perkhimatan awam lain. Penulis masih ingat, waktu itu sudah petang dah hujan baru berhenti. Bersama beg yang agak berat, penulis bersesak-sesak dengan orang ramai menanti komunter yang tak kunjung tiba di stesen komuter. Pengumuman demi pengumuman dibuat tentang kelewatan komuter. Orang ramai makin resah ditambah dengan jumlah yang menunggu semakin ramai. Penulis lagilah resah. Jam sudah agak lewat dan penulis masih tercegat kat sini. Bukan apa takut ditinggal keretapi. Tak balik kampunglah nanti penulis. Tunggu punya tunggu, penulis mengambil keputusan untuk naik ERL di salak selatan. Penulis bedal je mana-mana teksi yang ada. “ERL Salak Selatan.” Kata penulis. “Nak pegi mane ?” Tanya driver teksi. “Nak gi KL Sentral. Nak balik kampong “ jawab penulis pendek. Driver teksi terbabit mengsuggest kepada penulis untuk naik LRT di Sungai Besi. “Salak Selatan jauh “ katanya. Penulis yang masih agak baru disini tak tahu apa sangat hanya bersetuju dengan cadangan sang driver teksi tanpa menyedari penulis sedang ditipu. Sampai di Sungai Besi, tambang yang dikenakan 20 ringgit. Agak mahal dengan jarak yang agak dekat. Malas nak bertekak, penulis bayar jea ditambah dengan ingin cepat mengejar masa. Di kaunter LRT, penulis dikejutkan dengan tiada route ke KL Sentral. Paling dekat pun Puduraya. Tiket ke Puduraya dibeli dan kesanalah arah tujuan penulis. Sampai di Puduraya, masyaallah ramainya orang. Pertama kali sampai ke Puduraya. Penulis pun tak tahu kemana nak pergi, tengah melilau-lilau disitu, penulis menyapa seorang gadis. “jauh tu nak menapak. Kat depan sana ade teksi” katanya bila ditanya tentang KL Sentral. Maka, terpaksalah penulis ambil teksi. Niat awal nak berjimat. Alih-alih penulis dah menghabiskan dekat 30 ringgit hanya untuk tambang. Sampai di KL Sentral, penulis menepuk dahi tanda sesal. Tersilap tengok masa berlepas. Rupanya bukan 6.30 petang tapi 6.48. Kalaulah penulis tak careless, taklah hilang 30 ringgit.

Dan sebelum kejadian diatas, ada satu peristiwa yang lebih kurang sama. Kalau diatas penulis seorangan, kali ini kami sekawan. Driver teksi yang dijanjikan tidak dapat ambil kami, jadi dia hantar kawan teksi lain. Sampai di tempat dituju, dia minta tambang 15 ringgit. Alasannya, kami berlima, kalau berempat baru 10 ringgit. Nasib kami baik. Tak sempat kami nak bayar, driver yang asal mahu mengambil kami muncul. Dia segera memarahi kawannya kerana cuba kelentong kami berlima yang tak tahu apa-apa. Sempat dia menasihati kami supaya lebih berhati-hati lain kali.

Itu dengan teksi, kali ini handphone. Handphone penulis KO selepas lemas di dalam air. Salah penulis juga yang tak awal-awal tak letak ditempat selamat. Seronok sangat mandi di Ulu Langat sampai terlupa handphone didalam seluar. Penulis masih ingat membeli handphone di Pertama kompleks sebelah Sogo. Tak sampai empat bulan pakai, handphone ni dah buat hal. Button tak dapat tekan, tak boleh buat panggilan kerana orang tak dengar apa yang kita cakap dan yang paling teruk handphone penulis padam terus. Penulis terpaksa berhabis duit sekali lagi untuk menukar telefon lain. Pengalaman tadi mengajar penulis supaya lebih berhati-hati dalam memilih kedai untuk membeli telefon. Beli dari kedai yang betul-betul established. Alhamdulilah, telefon yang dibeli tahan sampai sekarang.

Walaupun dari satu segi, penulis terasa tertipu tapi dari sudut positif, ianya mengajar penulis supaya lebih berhati-hati dan jangan tergesa-gesa membuat keputusan. Mungkin kalau yang disini tak sesuai, yang disana mungkin sesuai. Sebagai contoh, penulis ada bertanya pada seorang driver teksi berapa tambang ke airport. Jawapan yang diberi memang sudah dijangka, terlalu mahal, sekitar 80 ringgit pada masa itu. Baik penulis guna ERL, baru 12 ringgit dari KL Sentral takpun aero bas sekitar 10 ringgit. Kalau nak berhabis sangat, guna Limo airport, tambangnya sekitar 50 ringgit pada waktu itu. Sekarang mungkin dah berubah.

Mulai hari itu, penulis agak selective dalam memilih teksi. Selalunya penulis agak menggunakan perkhimatan teksi seorang brader ni. Perwatakannya agak alim dan selalu on time. Kali terakhir penulis menggunakan perkhimatan teksi brader nie untuk perjalanan ke airport. Tambang yang dikenakan hanya 30 ringgit. Brader ni siap kirim makanan untuk berbuka kepada penulis. Apa yang penulis tahu brader ni dah tak bawa teksi merah selepas itu tapi bertukar kepada limo airport. Lebih untung katanya tapi bab penat terlebih la juga.

Penulis ada kenal seorang pensyarah bahasa English. Dia memang seorang yang baik dan tak segan silu menghulurkan bantuan. Tapi kerana budimannya itulah dia ditipu dan hampir ditipu seperti apa yang diceritakan sendiri pada penulis. Dek kesian pada salah seorang pelajar, pensyarah ni tak lokek untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk wang. Bila pelajar terbabit memerlukan wang, dia akan bagi tanpa ragu-ragu. Tapi selepas itu, dia mengetahui pelajar terbabit menipunya dan dia tak percaya sehingga melihat dengan mata sendiri. Dia cukup kecewa dan marah. Niat murninya dimanipulasi orang lain.

Dimana-mana memang akan ada sang penipu yang menunggu masa untuk menipu tapi perlu diingat disini akan juga sentiasa ada yang jujur dan ikhlas membantu dan dalam memberi perkhimatan terbaik kepada pelanggan seperti brader yang bawa teksi diatas. Penulis sekadar ingin berkongsi pengalaman diatas sebagai peringatan dan disamping itu mengelakkan orang lain terjerat macam apa yang penulis alami.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?