Bir Halal Tapi Tak Halal

Malaysia memang tak lekang dari isu-isu sensasi pastinya yang terkini. Sehari dua ni kecoh pasal bir halal yang diragui kehalalan seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Melayu arus perdana dan tabloid. Hal ini mula menjadi bualan umat Islam di sini yang memang prihatin tentang kehalalan dan keharaman makanan yang ingin disuap ke mulut.

Masalah timbul bila mana pihak berkuasa Islam meragui status halal sejenis bir yang dikatakan mengandungi alcohol melebihi dari paras yang dibenarkan. Peraturan menetapkan bir dikira halal sekiranya kandungan alcohol tidak melebihi 0.01 %.  Penulis terkejut juga bila membaca perihal bir tak berapa nak halal ni di akhbar. Kerananya apa yang penulis lihat di kedai-kedai makan, terpapar iklan bir bebas dari alcohol. Kalau dah ada alcohol, macam mana boleh kata alcohol free.

Pengedar bir halal menafikan kandungan alcohol dalam bir halal melebihi 0.01 %. Pegawai perhubungan awam syarikat terbabit menjelaskan bir halal yang dipasarkan mempunyai 12 perisa adalah seratus peratus bebas dari alcohol. Menurutnya lagi bir halal edaran mereka dalam proses mendapatkan sijil halal dari Jakim. Bahkan produk mereka melepasi piawaian halal bagi membolehkan mereka menyertai MIHAS 2009 di Kuala Lumpur.

Isunya sekarang ialah bir halal sedang menunggu sijil halal dari Jakim. Kalau root beer dari A&W pun boleh mendapat pensijilan halal, penulis pasti bir halal edaran mereka akan mendapat status halal Jakim jika peraturan dan piawaian yang ditetapkan dipatuhi. Tiada apa yang kontroversi dan sensasi disini. Bagi peminat bir halal diluar sana, tunggulah sehingga bir halal kegemaran anda mendapat pensijilan halal. Tunggu jangan tak tunggu. Sambil menunggu tu, bolehlah minum root beer dari restoran A&W. Penulis sendiri tak menyukai bir halal terbabit kerana rasanya tak sedap dan lebih murah beli minuman jenama lain.

Penulis rasa tak payahlah memasarkan minuman bernama bir kerana ianya mengelirukan, buatlah nama lain contohnya sirap perisa apple ke ataupun minuman misai kucing. Memanglah bir halal dijual secara meluas di Timur Tengah bahkan ada jenama minuman keras tapi dibuat halal di sana. Dan apa yang paling ditakuti penulis, bila dah merasa bir halal, terdetik pula nak merasa yang tak halal dengan minuman keras mudah didapati dan  dijual secara terbuka di Malaysia.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?