Cerita Subsidi
Sungguh rancak sekali sekumpulan peniaga sedang berborak masa saya menemani ibu membeli belah di atas arked MPKB. Mereka tengah kalut bercakap pasal isu kenaikan tarif elektrik baru-baru ini. Menurut mereka, kenaikan tarif elektrik akan membebankan mereka dan sudah tentu peniaga-peniaga barangan harian mengambil kesempatan menaikkan harga barang. Bukan setakat disini kenaikan tarif elektrik diperkatakan, malah disemua tempat, kedai kopi, surat khabar, para suri rumah, economists dan sebagainya.
Perjanjian IPP
Kerana tarif elektrik naik, ada yang mempersoalkan kenapa kerajaan tidak mengkaji balik perjanjian dengan IPP yang menurut mereka membebankan dan hanya menguntungkan pengusaha IPP. Terdapat 5 IPP di Malaysia iaitu YTL Power Generation Sdn Bhd, Segari Energy Ventures Sdn Bhd, Genting Sanyen Power Sdn Bhd dan Port Dickson Power. Gabungan 5 IPP ini membekalkan 4115 MW kepada negara.
Kerajaan tidak boleh dengan semudah petik jari untuk membatalkan ataupun perjanjian dengan IPP walaupun ada yang berpendapat perjanjian tidak menguntungkan dan titik hitam pada kerajaan sehingga kini. Apa pandangan pelabur asing/tempatan nanti jika kerajaan sewenangnya melanggar, mengubah dan membatalkan perjanjian. Ini akan memberi persepsi negatif dimasa ekonomi sekarang tidak berapa baik dengan inflasi terus meningkat dan persaingan merebut FDI dengan negara lain yang dilihat lebih kompetitive.Menurut Presiden TNB dalam The Edge Jun 13, selepas PPAs (power purchase agreements) tamat, TNB is under no obligation to purchase the power they produce.Menurutnya lagi in the end, even if you end up making agreements with the existing players, it will be more palatable to the public because it will be more be done via open tender. If we want to proceed with this, it will have to happen soon, either this year or the next. The decision, however, will still rests wirh the government.Dan perjanjian pembelian tenaga yang awal akan berakhir pada 2015/16.
Untung Petronas dan subsidi
Semasa Petronas membentangkan laporan kewangannya baru-baru ini, Petronas membayar kepada kerajaan sebanyak 30 billion ringgit. Ramai berpendapat terutamanya sesetengah ahli politik, dengan jumlah dividen sebanyak itu, kerajaan masih mampu memberi subsidi untuk mengekang kenaikan harga seperti petrol, tarif elektrik dan sebagainya. Kenyataan sebegini memang popular dari segi politik tetapi bagaimana dengan situasi sebenar?
Untuk informasi, dianggarkan 20 billion ringgit digunakan subsidi minyak supaya rakyat biasa mendapat harga petrol yang murah. Dan subsidi akan terus meningkat dari ke tahun sejajar dengan turun naik harga komoditi dunia. Jika hal ini berterusan, saya tidak yakin kerajaan mampu memberi subsidi untuk mengekang kenaikan harga.Kita tak boleh berterusan bergantung kepada wang minyak Petronas untuk membiayai subsidi.Perlu diingat Petronas merupakan entiti perniagaan dan memerlukan modal untuk meneruskan operasi dan mencari peluang teroka kawasan minyak baru. Perniagaan minyak adalah perniagaan berisiko tinggi dan memerlukan modal besar.Bagaimana nanti Petronas mahu mengembangkan perniagaannya jika terpaksa membayar sejumlah wang yang besar kepada kerajaan untuk membiayaai subsidi yang sentiasa meningkat. Untuk masa depan, Petronas akan membelanjakan 300 billion ringgit untuk operasi perniagaannya, dan kesannya berantai. Syarikat Malaysia akan mendapat kontrak daripada Petronas dan ini menghasilkan peluang pekerjaan. Gaji yang diperoleh dibelanjakan untuk pasaran domestik. Kesannya berterusan dalam rantaian ekonomi tempatan.
Di pihak kerajaan pula, subsidi berterusan meningkatkan deficit dan akan terus meningkat diluar kawalan. Pengurangan deficit amat penting untuk membantu malaysia mengelakkan krisis seperti apa yang berlaku di Eropah. Tapi untuk mengurangkan deficit dan merasionalisasi subsidi dengan lebih efektif, kerajaan perlu mengambil langkat holistik untuk memecahkan ketagihan di Malaysia kepada 3 perkara, subsidi sendiri, buruh murah dan duit petroleum. Kesan daripada 3 perkara ini menyebabkan Malaysia tersekat hanya pada tahap negara rakyat berpendapatan kelas pertengahan.
Bertahun subsidi oleh kerajaan telah mengekang kenaikan harga dan memberi persepsi salah iaitu kos hidup adalah rendah. Impaknya majikan terus menekan upah pekerja dan menyebabkan purchasing power pekerja terus mengecut.Dan hal ini diburukkan lagi dengan kemasukan buruh asing dengan gaji rendah. Alasan majikan, kos untuk menjalankan perniagaan meningkat dan rakyat Malaysia terlalu memilih kerja menyebabkan mereka membawa masuk buruh asing. Logiknya, macam mana mahu menampung kos seharian dengan bergaji 1000 ringgit dan lebih rendah dengan kos hidup terus meningkat terutamanya dibandar besar seperti Kuala Lumpur. Dan tidak memeranjatkan berdasarkan kajian Bank Dunia, purata kenaikan gaji di Malaysia hanya 2.6 peratus setahun sejak 10 tahun lalu. Ianya lebih rendah dengan purata dunia iaitu 3.2 peratus setahun. Oleh itu, rasionalisasi subsidi amat penting supaya kos hidup yang tidak betul dan salah kesan daripada subsidi dapat dikurangkan.
Untuk mengimplikasikannya, kerajaan perlu mengambil tindakan segera dimana ianya amat tidak popular dari segi politik tapi berbaloi untuk jangka panjang. Jika tidak, kita akan sentiasa terperangkap dengan 3 benda tadi. Tugas ini bukan mudah tapi tidak mustahil. Menurut pendapat pakar ekonomi, kerajaan boleh bertindak dilangkah betul dengan memperkenalkan Goods and Services Tax untuk mengatasi kebergantungan kepada duit petroleum, merationalisasikan subsidi yang tidak produktif supaya duit terbabit boleh disalurkan kepada projek pembangunan. Dan akhir sekali memperkenal gaji minima untuk mengurangkan kesan kenaikan kos hidup.
Untuk memastikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, kita tiada pilihan lain tapi memastikan kita berada dilandasan yang betul walaupun impak politik amat besar dan tidak popular. Kita mesti belajar apa yang berlaku di Eropah dimana kerajaan tidak akan cukup dana untuk membiayai segalanya dan tidak boleh meminjam seperti sudah tiada lagi esok.

Ulasan
Catat Ulasan