Terima Kasih Pak Cik

Peristiwa ni berlaku sudah banyak tahun iaitu semasa aku menghadiri satu interview di Rawang. Nasib aku tidak baik dan mungkin rezeki aku bukan disitu. Walaupun bagaimanapun, aku redha dan yakin jika tiada rezeki disini mungkin ada ditempat lain. Bila fikir macam itu, aku berasa lega dan langkah aku gagahi kembali yang tadi longlai semasa keluar dari bilik interview. Selepas menghantar pesanan ringkas sms kepada sahabat yang aku berada di ruang galeri di bangunan utama, aku mencari tempat untuk duduk. Aku melihat ada sekumpulan pakcik dan makcik sedang berbual disuatu sudut dan aku mengambil keputusan untuk menyertai mereka. Manalah tahu dapat joint juga apa yang dibincangkan, dapatlah juga menghilangkan rasa bosan. Baru saja aku membetulkan seluar untuk duduk, makcik didepan sudah bertanya "Datang interview ke?". Aku angguk dan sempat tanya tengah tunggu siapa. Rupanya semua makcik dan pakcik yang aku jumpa sedang tunggu anak mereka sedang menghadiri interview seperti aku. Seronok dapat berbual dengan mereka, mana taknya, ada saja cerita menarik hendak dikongsi. Aku ni pula jadi tukang angguk khusyuk mendengar kisah mereka dari zaman muda hingga pencen, penatnya datang ke sini, takut anak perempuan keseorangan datang kesini, boleh kata pelbagai. Biasalah, mereka semua lagi awal makan garam, sudah tentu banyak hendak dikongsi dengan generasi muda seperti aku.

Sebenarnya sepanjang aku berada di Rawang, aku menumpang di rumah sahabat aku yang kebetulan bekerja ditempat aku menghadiri interview. Aku bersyukur kerana ada sahabat yang baik macam itu. Aku dah berjanji untuk menunggu sampai dia habis kerja. Itupun aku ingat aku akan lepas interview. Ni dah tak lepas, nak tak nak terpaksalah aku tunggu lagi beberapa jam. Kebetulan aku dapat berkenalan dengan rakan baru yang sama dapat interview. Dia juga tak lepas macam aku.

Dalam ramai-ramai pakcik makcik, ada seorang yang aku seronok berborak, aku suka sangat dia bercerita pengalaman berpuluh tahun bekerja. Terlopong aku mendengarnya kerana dia bermula dari bawah bukannya semudah seperti aku. Bila dia tanya aku aku menginap dimana sepanjang tempoh interview, jadi aku menjelaskan perihal aku menumpang dirumah rakan dan bla bla. Aku juga beritahu yang hajat aku nak ke Subang untuk tumpang tidur malam ini, mudah untuk aku ke KLIA untuk pulang keesokkannya ke Kota Bharu. Mungkin kerana dia kesian untuk menunggu sahabat aku sampai kepetang, dia sudi ambil beg aku di rumah sahabat aku dan hantar ke stesen komuter Rawang. Awalnya aku menolak dengan niat tidak mahu menyusahkannya tetapi dia bersungguh-sungguh mahu membantu. Dah orang sudi nak tolong, terima jelah, nanti aku pulang menyesal. Jadi aku terima pelawaan pakcik itu. Aku tidak jadi telefon sahabat aku selepas melihat dia bergegas datang kearah aku. Selepas menjelaskan ada pakcik yang sudi hendak tolong, dia menyerahkan kunci rumahnya untuk aku ambil beg. Sahabat aku juga sempat berkenalan dengan pakcik itu dan berterima kasih kerana sudi menolong aku. Pakcik itu juga berjanji akan serah kunci rumah sahabat aku nanti kerana dia perlu datang balik kesini kerana anaknya masih belum selesai interview.

Walaupun sahabat aku membekalkan dengan alamat rumah tapi kami tersesat juga. Aku pun dah tak berapa ingat jalan kerumah sahabat aku. Habis jalan dan lorong kami masuk tapi tak jumpa-jumpa kawasan perumahan sahabat aku. Tapi pakcik ni steady je tak macam aku yang mula gelabah takut tersesat nanti. Dia suruh aku rilek dan bertenang. Trial and error katanya. Akhirnya bila aku perasan dengan jalan ke rumah sahabat aku, aku menyuruh pakcik ni masuk ke jalan tersebut.Kali ni jalan yang dilalui tidak salah menghala kerumah sahabat aku. Sampai di rumah sahabat, aku bergegas mengambil barang dan beg. Kira sumbat masuk. Takut nanti lama pula pakcik tu tunggu. Dah lah tadi aku bagi instruction salah.

Sampai kestesen komuter, aku berterima kasih banyak banyak kepada pakcik tu tapi lupa pula nak minta no telefon. Orang dah buat baik dengan kita, sudah tentu kita nak balas balik tapi dah no phone pun tak tahu, aku pun tak tahu macam mana nak contact pakcik tu balik. Kalau tak boleh la aku kirim sedozen budu ke.

Dengan keadaan masyarakat yang makin mementingkan diri dan materialistik, masih ada yang prihatin dan sudi menghulurkan bantuan walaupun kepada orang asing yang tidak dikenali. Kalau lah pakcik tu tak tolong, maknanya sampai petang lah aku kena tunggu sahabat aku. Kerana jasa baik pakcik tu, aku sampai awal ke Subang, dapatlah aku melepas lelah tambahan pula sekarang bulan puasa.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?