Peristiwa Aku Takkan Lupa

Al kisahnya aku baru tiba ke Kuala Lumpur dari Kelantan selepas seminggu bercuti. Sampai jea ke KL Sentral, aku terus naik komuter untuk ke rumah sedara aku, untuk pergi ambil kereta yang aku tumpang parking selama seminggu aku balik ke kampung. Nak tinggal jea kat area rumah aku, takut takut ade pula yang berkenan nak curi. Memanglah kereta buruk tapi sebagai langkah berjaga jaga baik aku tumpang parking jea kat rumah sedara aku. Tambahan pula sebelum ini, kereta sepupu pernah dipecah semasa dia singgah solat jumaat kat area rumah. Laptop yang baru seminggu pakai dan smart phone direbas pencuri.

Masa nak bukak pintu kereta, aku perasan ade yang tak kena dengan tayar, pancit rupanya, pasal lah macam takde angin jea. Sedara aku bagitau kedai tayar dekat jea dengan rumah dia. Jadi aku cabut tayar pancit tadi dan aku gelek ke kedai tayar dengan sedara aku. Sebab dekat, kami hanya berjalan kaki. Mula-mula ingat nak tukar jea dengan tayar baru tapi tengok condition tayar yang masih elok, aku fikir kalau tampal pun dah ok, jimat sikit duit. Lepas bayar harga mekanik tampal tayar, aku cepat cepat gelek balik ke kereta aku. Siap pasang, aku hidupkan enjin, masukkan barang, ucap terima kasih kepada sedara aku dan aku blah. Sebenarnya aku nak balik cepat sebab hari pun dah agak lewat petang. Tambahan pula ini hari ahad, sudah tentu banyak kereta di tengah highway. Masuk jea ke highway, aku rasa semacam, kenapa kereta aku macam bunyi lain jea tapi aku sedapkan hati dengan kata takde apa-apa. Makin aku laju, kereta aku makin bergetar, rasa dah lain macam, aku mintak lah biarlah sempat sampai rumah. Sampai di tol pertama, aku slow down, lepas bayar tol, aku tekan minyak dan POM !!, bunyi kuat dari belah kiri kereta. Kereta aku terpusing tapi sempat aku kawal sebab dan aku pandu dan parking di tepi highway. Keluar dari kereta, terkejut sakan aku, Masya allah, tayar kereta aku meletup. Syukur sangat aku selamat. Mungkin juga sebab aku bawa kereta slow tadi kalau laju tak tahulah macam mana. Aku cuba tahan mana mana kereta yang lalu tapi takde satu pun yang prihatin dengan aku. Tak kisah lah, aku capai telefon, aku telefon sedara aku tadi sebab jarak rumah dia dengan tempat tayar meletup takdelah jauh sangat.

Pengajaran kat sini, tak yahlah nak jimat duit nak tampal tayar, bahaya kalau kita sentiasa memandu laju di lebuh raya. Tengoklah apa jadi pada aku. Nasib baiklah tuhan selamatkan nyawa aku.Aku syukur sangat.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?