Serunding Kampung Laut

Hanya tinggal kurang dari 2 minggu lagi Ramadhan yang mulia akan tiba. Sudah menjadi kewajiban bagi umat Islam untuk menunaikan ibadat puasa walaupun masih ramai yang ingkar. Aku bukannya nak berceramah atau memberi tazkirah pasal bulan puasa tapi nak share sikit pasal family punya tradition di bulan Ramadhan. Kalau nak berpuasa, sudah tentu kita kena bersahur dulu. Dan kalau bersahur nie, rasa tak sah kalau takde serunding ataupun commonly know di Kelantan sebagai sambal daging.Sedap sekali dimakan begitu saja, takpun makan dengan roti atau nasik.
On the way to Kg Laut

 Kalau dulu, kitaorang tak kisah beli kat mane, kat dalam pasar Siti Khadijah ataupun di Jalan Langgar yang memang terkenal dengan perusahaan membuat serunding. Tapi kali ni aku nak try pula rasa macam mana sedapnya serunding Kg Laut setelah ramai kenalan claim betapa sedapnya serunding kat sana.Mereka juga sempat rekomen tempat yang memang guarantee berbaloi sebab umum mengetahui, kat Kg Laut terdapat berpuluh perusahaan membuat serunding. Lupa pula aku nak mention kat sini, Kg Laut juga famous dengan dodol dan gelembung buaya.Eh, gelembung buaya tu apa?? Sebenarnya baru tahun lepas aku kenal dengan gelembung buaya.Proses membuatnya lebih rumit dari dodol dan sudah tentu ianya lebih sedap dari dodol.

Ok, we go back to the main story.Awalnya memang agak sukar untuk cari kat mane agaknya Kg Laut nie sebab a main reason is, aku tak pernah pun ke sana sebelum ini.Apa yang aku buat, selepas melepasi jambatan Sultan Yahya Petra ll yang tak siap siap sampai lo nie, aku drive jea sampai bulatan Wakaf Bharu.Nampak jea sign Tumpat, aku ikut arah tu.Aku pandu jea melepasi Semat Jal, Murad hinggalah ke simpang tiga.Ke kiri Tumpat, ke kanan Kg Laut.Yes, tempat tu lah aku nak pegi.Aku belok ke kanan, drive straight hinggalah sampai ke simpang tiga sekali lagi.Ikut logik, takkanlah aku nak pegi terus jea kerana itu bermakna aku tak cerdik.Aku akan merempuh jalan mati dan menjunam kedalam sungai Kelantan.Kerana aku cerdik, aku pandu belok ke kiri.Tidak lama kemudian, aku nampak sign board Kg Laut disebelah kanan.Aku memperlahankan kereta, melihat ada ke tak kereta dari arah bertentangan.Bila aku pasti selamat untuk cross jalan, aku terus memandu masuk ke lorong kg Laut. Lorong kat sini agak sempit, kalau kereta bertembung, alamatnya salah satu kena turun dari jalan.Kiri dan kanan jalan, semuanya rumah rapat rapat dan tinggi, agaknya untuk elak air memasuki rumah ketika banjir, almaklumlah kg Laut nie letaknya di tebing sungai Kelantan, banjir sentiasa berlaku bila musim tengkujuh.

Untuk elak dari sesat, aku tanyalah orang kampung kat situ macam mana nak gi kerumah sekian sekian.Jangan bodoh sama nanti sesat jalan.Rupanya nak gi kerumah pengusaha serunding Hamiesya takdelah complicated sangat pun.Sampai dihujung jalan, hanya perlu belok ke kiri, kalau ke kanan, mereka mengusahakan dodol dan gelembung buaya. Aku ingat nak singgah beli gelembung buaya lepas beli serunding. Aku pandu melalui jeti kg Laut, kelihatan 4 5 orang sedang menunggu bot penampang untuk ke seberang iaitu bandar Kota Bharu.Ianya lebih dekat dengan menggunakan bot penambang dari memandu di atas jalan kerana bandar Kota Bharu betul betul bertentangan dengan kg Laut di seberang sana.


 
Jeti Kg Laut


 On a way nak masuk ke perusahaan serunding
 Ni lah tempat serunding
 Pok cik tengah serunding
 Sekarang dah moden. Tak kacau dengan tangan tapi dengan mesin


Aku parking kereta di tepi surau kerana dah tak tembus kalau nak pandu.Aku sambung dengan berjalan kaki.Rumah dia pun takdelah jauh mana sangat.Boleh kata tak sempat nak penat.Kebetulan pok cik pengusaha serunding tu ade di depan surau.Aku bagitau la usaha murni aku nak beli serunding.Eh, boleh dikira usaha murni ke?? Kami berjalan ke tempat pok cik memproses serunding. Aku tunggu bawah masa pok cik buka mangga pintu. Kedalam aroma serunding baru masak menusuk kalbu.Sedap sengoti. Berpuluh bungkus serunding disusun rapi diatas rak, yang belum dibungkus diletak didalam bekas besar, orang kelate panggil jengelok.Pok cik tu bagitau sekarang proses dengan mesin, kalau nak kacau dengan tangan untuk jumlah yang banyak, memang tercabut tangan.Aku beli tak banyak, dalam 3 hingga 5 bungkus termasuk yang lain kirim. Harga serunding berbeza mengikut jenis.Serunding daging local lagi mahal dari daging import.Sudah tentu yang tempatan lagi enak dari import. Serunding ikan pun ada dan lebih murah dari serunding daging.
Urusan aku nak beli serunding dah selesai, lepas tu pegi beli gelembung buaya. Dah takde ape-ape dah, aku balik lah semula ke Kota Bharu.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?