Eh Manisnya Eh Pedasnya


Sudah menjadi kebiasaan bagi saya sewaktu masih menuntut suatu ketika dahulu, untuk membawa balik juadah dari Kelantan ke kampus untuk dikongsi bersama teman serumah masa bulan Ramadhan. Apa yang saya excited sangat sebab juadah akan aku bawa memang sukar didapati di sana takpun memang tak dijual lansung. Selalu kalau di bazaar ramadhan di sebelah luar, juadah jualan bagi saya biasa saja dan lebih kurang sama dengan peniaga dengan peniaga yang lain. Kawan-kawan serumah saya pula kebanyakkannya non kelatanese dan mereka pula tak pernah pun berkunjung ke Kelantan. Jadi niat saya baik untuk mereka merasai juadah asli dari negeri kelahiran saya, negeri Che Siti Wan Kembang.
Saya masih ingat membawa pulang sebekas buah tanjung dari kampong. Awalnya, semua kawan bukan main seronok lagi sebab nak merasa macam mana agaknya rasa buah tanjong. Bila waktu berbuka, semua ambil sorang satu buah tanjong, tapi yang kelakarnya semua dah berubah muka. Mereka Tanya berapa gantang la gula dibubuh dalam buah tanjong nie. Kalau istilah orang Kelantan, manis leting.
Itu halnya dengan buah tanjong yang berakhir terpaksa saya habiskan sorang diri sebab kawan saya semua tak tahan dengan kemanisan letingnya.
Di lain ketika, sata bawa la pula dari Kelantan pulut sotong iaitu favourite keluarga saya yang dibuat sendiri oleh my mother, bukannya beli kat kedai. Ada ke patut kawan saya nak makan sotong tu dengan nasi. Saya bagitau die, sotong nie bukan masak gulai tapi dessert. Dia naik hairan. Sotong pun boleh buat dessert gak ke. Tapi dia tak kisah sebab dia tak pernah try jadi dia teringin amat nak try kesedapan pulut sotong. Masa first bite, dia dah macam terkejut. Dalam sotong ada pulut, dah la tu manis pula tu. Dia kata memang sedap tapi kalau buat kurang manis lagi sedap. Saya tanya dia balik manis sangat ke sebab kalau ikut lidah saya memang dah ngam.
Kalau sebelum ini giliran saya membawa juadah dari Kelantan, kawan saya turut tak melepaskan peluang membawa balik juadah dari negerinya. Dia menyatakan betapa sedapnya gulai yang dimasak sendiri neneknya yang pasti sehingga menjilat jari. Lupa nak bagitau, kawan saya nie asal dari Negeri Sembilan. Saya tak pernah rasa gulai daging salai masak cili padi. Mesti sedap fikir saya. Masa nak dekat berbuka, saya dah duduk menanti di meja makan. Memang tak sabar dah. Bila dah azan, saya ambil lah gulai daging salai masak cili padi dan digaul dengan nasi dan dingap kedalam mulut. Lepas telan, cepat-cepat saya ambil air.Fuhhh...punya la pedas, tak tahu tahap ke berapa kepedasannya. Memang berdesing habis. Naik berasap telinga penangan cili padi.
Kalau difikirkan balik, memang seronok waktu tu dapat berkenalan dengan semua orang dari pelbagai negeri dan bangsa. Dari mereka kita dapat belajar kelainan dari kebiasaan. Baru la otak terbuka tak seperti kata peribahasa bak katak bawak tempurung. Buka dunia buka minda.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?