Upgrading Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra


Projek naik taraf landasan LTSIP diteruskan

KOTA BHARU 24 Nov. – Kementerian Pengangkutan akan meneruskan projek menaik taraf dan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini. Menterinya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, projek yang akan dilaksanakan tidak lama lagi itu bertujuan memberikan kemudahan kepada rakyat di negeri ini dan membuka peluang ekonomi yang baru terutama sektor pelancongan.

‘‘Saya akan umumkan butiran lengkapnya tidak lama lagi, projek ini dibuat atas tuntutan dan keperluan rakyat, bukannya melibatkan mana-mana parti politik. ‘‘Kementerian telah meluluskan peruntukannya tetapi perlu sedikit masa untuk menelitinya,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan kerajaan negeri meminta kerajaan Pusat supaya tidak terus menangguhkan cadangan memanjangkan landasan LTSIP Pengkalan Chepa di sini daripada 1.98 kilometer kepada 2.4 kilometer.

Pemanjangan landasan yang mengikut spesifikasi antarabangsa itu amat penting bagi membolehkan pendaratan pesawat lebih besar termasuk Airbus A330 dan Boeing 777. Difahamkan, LTSIP mengendalikan sehingga 30,000 penumpang domestik sebulan dengan 25 kali perjalanan sehari.

Pada 27 Ogos 2006, Pengerusi Majlis Tindakan Negeri Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dilaporkan berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan berkaitan projek berkenaan. Mustapa dilaporkan berkata, sebanyak RM70 juta diperuntukkan untuk projek tersebut dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Tee Keat memberitahu, kementerian juga dalam usaha untuk menambah penerbangan awam yang melibatkan bandar itu ke sektor-sektor baru. Bagaimanapun, katanya lagi, cadangan itu memerlukan persetujuan daripada operator penerbangan terlebih dahulu. ‘‘Kalau dipersetujui akan bawa manfaat kepada rakyat, saya juga hendak pastikan syarikat mana yang minat, kalau tidak ada yang tunjuk minat susah juga.

SOURCE (Sumber): Utusan Malaysia (Wilayah Timur): 25-11-2008
 
Cakap-cakap pasal nak naik taraf lapangan terbang Sultan Ismail Petra nie dah lama aku dengar, tak silap aku masa aku bersekolah lagi. Kononnya nak naik taraf taraf international supaya penerbangan antarabangsa dapat berlepas dari sini, itulah apa yang aku dengar dan aku baca dalam forum dan blog yang serius membincangkan hal ini. Tapi dah memang namanya cakap-cakap, aku yang memang excited macam mana agaknya rupa airport bila dinaik taraf terpaksa menunggu dan menunggu. Tiada yang concrete yang materialised.

Namun bermula 2002, ada perkembangan menarik, projek pembinaan terminal baru menggantikan terminal lama yang kecik dimulakan. Dengan kos puluhan juta ringgi, akhirnya terminal baru yang berkapasiti 1.5 juta orang per annum dibuka untuk operasi. Tahun berganti tahun, penumpang yang menggunakan airport Sultan Ismail Airport bertambah sehingga sekarang sudah mencecah angka sejuta lebih per annum. Terima kasih kepada 3 syarikat penerbangan iaitu Mas, Air Asia dan Firefly yang terbang kerap sekali ke airport Sultan Ismail Petra dan ke beberapa destinasi seperti Penang, Melaka, Subang dan KLIA. Khabarnya akan ada penerbangan terus ke Borneo tahun depan. Betul ke tak, aku tak boleh nak confirm, kalau betul jadi kenyataan bolehlah melancong ke Borneo tanpa perlu ke KLIA terlebih dahulu.


 Sudah banyak pihak termasuk kerajaan negeri menggesa runway di airport Sultan Ismail Petra dipanjangkan untuk menerima jenis pesawat lebih besar. Tambahan pula, ada captain yang komplain sukarnya nak mendarat kerana runway tak cukup panjang. Akhirnya tahun lepas, sebuah syarikat diberi tanggungjawab untuk kerja naik taraf lapangan terbang Sultan Ismail Petra dan ini termasuk memanjangkan runway sedia ada kepada 2.4 km.

Berikut apa yang aku dapat dari Jabatan Penerbangan Awam

KUALA LUMPUR FLIGHT INFORMATION REGION
KOTA BHARU / SULTAN ISMAIL PETRA AIRPORT
UPGRADING OF KOTA BHARU AIRPORT
1. INTRODUCTION
1.1 The Kota Bharu Airport will be upgraded to accommodate full Code 4C aircraft operation. The
main works will include the upgrading of the infrastructures in the airside. All works are slated
for completion by September 2011.
2. PURPOSE
2.1 The purpose of this Aeronautical Information Circular (AIC) is to provide advance information
and advice regarding the scope of works pertaining to the Kota Bharu Airport upgrading
programme. This AIC will be followed by a number of AIP Supplements that will provide
details of the upgrading works, introduction of new facilities and revision to the existing
procedures.
3. AIRCRAFT MOVEMENT AREAS AND ANCILLARY FACILITIES
3.1 The existing runway length of 1981m x 45m will be extended from Threshold Runway 28 by
491 meters. When completed the runway length will be 2400m x 45m. Runway End Safety
Area (RESA) of 90m x 90m provided at both runway ends.
3.2 A new partial parallel taxiway will be introduced to connect the Parking Apron to Threshold
Runway 28 and, in order to improve aircraft movement, a connecting taxiway will be provided
at 2000 meters from Threshold Runway 10.
3.3 The existing VDGS at Bay 1, 2 and 3 will be repositioned to meet separation distance
requirement Code C aircraft.
3.4 A new apron for helicopter operation will be provided.
3.5 The existing meteorological station will be relocated to a new site.
3.6 Airport drainage system, security fencing and airside perimeter road for the extended
area will be provided.
4. NAVIGATIONAL AIDS AND VISUAL AIDS
4.1 A new Aerodrome Ground Lighting (AGL) will be provided for the extended runway,
new parallel taxiway and connecting taxiway.
4.2 The Simple Approach Lighting System for Runway 28 will be relocated at new position
for the extended runway.
4.3 PAPI for Runway 28 will be relocated to the new position. New threshold lighting and
markings for Runway 28 will also be provided.
4.4 The existing ILS Localizer will be relocated at new position for the extended runway.
Detail of downtime of the ILS Localizer will be published in AIP Supplement.
5. AIRSPACE STRUCTURES AND PROCEDURES
5.1 The upgrading of Kota Bharu Airport incorporates the revision of existing airspace,
arrival and departure procedures consistent with the extended runway. SIDS and
STARs will be introduced to improve traffic flow. Non precision approach and landing
procedures will be made available including RNAV procedures. Air routes will be
adjusted with relevant charts revised.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?