Saya Tumpang Gembira
Sekadar hiasan, sumber dari Google Seronok dan bangga sekali melihat adik junior mampu memimpin jemaah sebagai imam di masjid tempat saya belajar suatu ketika dahulu. Sejuk rasa telinga mendengar alunan alquran yang dibaca oleh imam muda nie. Rasa sekejap sangat pula solat isyak empat rekaat dan tak puas rasanya untuk mendengar alunan indah ayat alquran imam muda ini. Saya mengaku bukan senang untuk bertindak sebagai imam tambahan pula di masjid besar begini. Perlu ada ilmu secukupnya dan suara perlu sedap, barulah para jemaah rasa tak mengantuk dan asyik duk tanya dalam hati bilalah nak habis solat. Kalaulah saya yang diminta memimpin jemaah, mintak maaf banyaklah, saya bukan orangnya, awal-awal lagi saya angkat tangan tanda surrender. Tambah bangga dan gembira kerana mereka semua nie bukan dari lulusan agama ataupun graduasi dari timur tengah, tapi mampu mebimbing usrah, berdakwah, menjadi imam dan berkongsi ilmu bersama rakan-rakan yang lain. Mereka semua pada masa depan bakal ber...