Saya Tumpang Gembira

Sekadar hiasan, sumber dari Google

Seronok dan bangga sekali melihat adik junior mampu memimpin jemaah sebagai imam di masjid tempat saya belajar suatu ketika dahulu. Sejuk rasa telinga mendengar alunan alquran yang dibaca oleh imam muda nie. Rasa sekejap sangat pula solat isyak empat rekaat dan tak puas rasanya untuk mendengar alunan indah ayat alquran imam muda ini. Saya mengaku bukan senang untuk bertindak sebagai imam tambahan pula di masjid besar begini. Perlu ada ilmu secukupnya dan suara perlu sedap, barulah para jemaah rasa tak mengantuk dan asyik duk tanya dalam hati bilalah nak habis solat. Kalaulah saya yang diminta memimpin jemaah, mintak maaf banyaklah, saya bukan orangnya, awal-awal lagi saya angkat tangan tanda surrender.

Tambah bangga dan gembira kerana mereka semua nie bukan dari lulusan agama ataupun graduasi dari timur tengah, tapi mampu mebimbing usrah, berdakwah, menjadi imam dan berkongsi ilmu bersama rakan-rakan yang lain. Mereka semua pada masa depan bakal bergelar pakar IT, jurutera, pengurus, doctor dan sebagainya tapi pasa masa yang sama bergelar seorang ustaz/ustazah. Mungkin inilah apa yang digelar prostaz, professional ustaz/ustazah. 

Dalam masa tumpang gembira, ada juga sedikit sedihnya. Sedihnya melihat persatuan berorientasikan islam kat tempat dimana saya belajar. Saya bukan hendak tegur, kerana siapalah saya untuk menegur, saya juga bukan hendak mengkritik dek kerana saya juga tidak hebat tapi setakat mahu berkongsi kesedihan dan kekesalan. Apa yang dapat saya amati masa saya belajar dulu, persatuan islam nie semacam isolated. Setiap aktiviti dan program mereka saya lihat tidak banyak melibatkan orang lain tapi hanya melibatkan golongan mereka sahaja. Kebaikan nampaknya hanya dikongsi bersama mereka sahaja bukan untuk disebarkan kepada semua yang ada di universiti. Jadi, jangan salahkan sesiapa jika ada yang melabelkan persatuan islam sebagai isolation dan sukar didekati.

Saya ada satu pengalaman menarik untuk dikongsi yang tak dapat saya lupakan. Suatu ketika semasa sedang menunggu untuk kelas seterusnya, saya bersama rakan-rakan lain meluangkan masa melepak disurau kolej.Entah macam mana ketika sedang berbual, secara spontan, saya bertanya seorang hamba Allah kenapa tak joint persatuan islam, hamba Allah nie siap terloncat semacam allergic dan takut seolah-olah saya bertanya sesuatu yang menggerunkan. Kerana untuk mengelakkan hal yang saya ceritakan berlaku, perlunya persatuan islam lebih bersikap terbuka seperti mana persatuan lain kerana saya yakin bukan sedikit yang berminat bahkan ada juga non muslim yang berminat. Islam is for everyone bukan?

Sudah lama saya meninggalkan universiti dan saya tidak berapa mengambil tahu perkembangan terkini persatuan islam tersebut. Apa yang diharapkan persatuan islam tempat saya belajar dulu bertambah baik dan lebih terbuka dalam pendekatannya.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?