Al Kisah Sahabat

Tersebutlah di zaman dahulu kala ada seorang jutawan kaya raya di negeri Atas Angin. Asalnya jutawan itu seorang yang miskin tetapi berkat usaha keras dan menjaga halal haram dalam perniagaan, dia menjadi seorang yang kaya raya.


Jutawan kaya raya nie ada seorang anak, Malik namanya. Dia sayang sungguh kat anaknya nie. Mintak apa saja mesti dapat. Almaklumlah anak tunggal dan dia jugak tak mahu Malik hidup susah macam dirinya dulu. Bagai ditatang seperti minyak yang penuh. 

Jutawan tu jugak beruntung sebab Malik boleh diharap untuk menguruskan perniagaannya. Dia dah tak payah risau dan pening kepala nak wariskan empayar perniagaan kepada yang bertanggungjawab. Malik kan ada. 

Satu jea jutawan nie risau pasal Malik, baik tak bertempat. Kawan nak pinjam duit, bagi. Orang nak itu, kasi. Beli nak hutang dulu, ok no problem. Jutawan itu dah banyak kali tegur Malik. Tapi apa Malik cakap kat bapak dia. Tak apa, kalau kita buat baik, dibalas baik. Pening jutawan tu. 

Nak dijadikan cerita, jutawan tupun akhirnya meninggal dunia kerana sakit tua. Maka tinggallah Malik meneruskan perniagaan milik bapaknya. 

Dek kerana dugaan datang untuk menguji, gudang tempat simpanan barangan perniagaan hangus satu malam dalam satu kebakaran. Banyak benar Malik rugi. Lepas tu pulak dek kerana suka sangat kasi hutang, Malik dah hampir nak tiada apa untuk pusing modal dan untuk ganti gudang baru dan barang baru. Yang ada hanya cukup buat makan keluarganya. Serabut Malik dibuatnya. Siang malam dia duk fikir apa yang nak dibuat. 

Barangan kat rumah Malik habis dijual untuk buat modal berniaga. Entah apehal perniagaan Malik macam tak menjadi, rugi memanjang. Dari seorang yang kaya raya, Malik jatuh miskin. Hutang yang dikasi sorang pun tak ingin nak bayar. Siap halau Malik lagi bila datang mintak hutang. Kononnya diorang tak berhutang, Malik saja-saja dakwa diorang berhutang. Kawan yang dulunya ramai dah semua lari. Sedih sungguh hati Malik. Sampai hati korang, bila aku kaya dulu, ramai datang dekat, bila aku susah, semua tak kenal aku. Kata Malik lagu tu dalam hati. 

Tapi Malik kuat semangat. Dia tak berputus asa. Siang malam dia berdoa mintak tolong kat tuhan disamping bekerja keras untuk memulihkan perniagaannya. Pesan arwah ayahnya selalu dia ingat, kalau nak buat sesuatu biar benda tu betul dan halal. Tak guna berjaya kalau dari hasil yang tak elok dan haram. 

Bila pertolongan tuhan dah sampai, kita sendiri pun tak sangka. Suatu hari masa duk tengah menolong bininya mengemas, pintu rumahnya diketuk. Malik bergegas membuka pintu."Ya, anta cari sapa ?" kata Malik."Ini rumahnya Malik ?" tanya orang yang berdiri kat pintu. "Iya, ana Malik. Anta cari siapa?" tanya Malik lagi. Lelaki tu terus memeluk Malik. Malik terkejut." Malik tak kenal ana ? Ana Mahmud, sahabat ente " kata Mahmud." Masyaallah. Macam mana nak kenal. Anta berbeza benar. Banyak berubah." kata Malik. Dia menjemput Mahmud masuk dan meraikan Mahmud sebagai tetamunya. Mahmud juga bertanya kenapa boleh jadi macam nie, jatuh miskin. Maka berceritalah Malik panjang lebar penuh emotional. Sedih Mahmud dengar sebab dia tahu Malik nie tak biasa susah. Dia datang dari keluarga senang. 

"Malik, ana senang nie pun terima kasih kepada Malik kerana memberi pinjam sedikit wang." kata Mahmud." dan Malik tak pernah sekali pun mintak ana bayar balik" tambahnya lagi." Jadi, sebab dulu Malik dah tolong ana, sekarang giliran ana pulak tolong Malik " kata Mahmud. 

Bersyukur benar Malik. Dia menadah tangan mengucapkan kesyukuran. Alhamdulillah, hasil kerja keras, Malik berjaya balik dalam perniagaannya. Dia dan Mahmud jadi best friend. Kawan-kawan yang dulu lupakannya masa susah, baru rajin nak jumpa Malik. Tapi Malik jenis tak berdendam. Dia berkawan dengan sesiapa saja. Sekarang pun, Malik rajin bersedekah dan membantu orang lain yang memerlukan. Dia tak akan mensia-siakan sesiapa yang memintak bantuannya.

Habis cerita......

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan