Bila Bersahabat

Bila bersahabat, banyak yang kita hendaki dan impikan dari sebuah persahabatan. Dan sudah tentu apa yang bermain didalam fikiran semua yang baik-baik dan positif belaka.

Namun kita tak hidup dalam dunia fana tetapi dalam dunia realiti dimana tak semua apa yang kita jangkakan itu menepati ramalan. Ada yang cantik dan ada jugak yang tak berapa nak cantik.


Begitu juga dengan sebuah persahabatan. Bukan semuanya indah belaka. Dalam menempuh sebuah perhubungan persahabatan, pelbagai onak dan duri ditempuhi. Kekadang kita tewas dan kekadang kita yang tak rasa mampu meneruskannya lagi. Tapi perlu diingat satu perkara, jika tewas, jika berhenti disini saja, bukannya semua salah kita. Barangkali itulah yang terlebih baik buat diri kita dan dia. Buat apa bersahabat dengan si batu api yang kerja melagakan sesama sendiri. Mintak dijauhkan hendaknya. 

Tapi dalam bersahabat itu penting sekali memaafkan. Mungkin pahit dan pedih tapi itulah yang terlebih baik buat kita. Buat apa hendak menyimpan dendam jika ianya mampu menjadi kudis dan seterusnya kanser yang mampu memudaratkan diri.

Sudah tentu dalam bersahabat kita nak semua baik dan semua yang kita demand mampu dipenuhi oleh sahabat.  Perlu ingat, jika itu yang kita inginkan, sudah tentu orang lain yang bersahabat dengan kita inginkan dan impikan perkara sama terhadap kita. Oleh itu, jika mahu mendapat sahabat yang baik, diri ini dulu perlu menjadi sahabat yang baik. Baik dibalas baik. Bukan begitu ??

Aman tulis nie sebagai renungan diwaktu petang untuk ingatan bukan saja anda semua tapi yang lebih penting Aman sendiri. Tak guna kita nasihat orang tapi kita sendiri tak buat apa yang dinasihatkan.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?