Cerita Hari Jumaat

Tiap kali aman pegi semayang jumaat kat masjid, rase sakit sangat mata turun ke hati. Rasa sakit nie pulak bertukar keperasaan kesian. Bukannya sebab khutbah membosankan tapi bila melihat pelbagai ragam yang tak menguntungkan kat masjid.

Bukan ke kita tak boleh bercakap semasa khatib duk bace khutbah. Tapi aman tengok kat luar tepi masjid, sempoi saja anak-anak kita termasuklah jugak bapak-bapak kita berborak. Nak kata tak tahu, takkanlah masa sekolah ustazah takpun ustaz tak ajar mase kelas pendidikan islam kot. Maksudnya, mereka tahu tapi buat-buat jahil.

Apa yang aman paling geram bilamana solat jumaat dah start, bukannya mereka yang kat luar sana tu tak masuk semayang sama, boleh lagi dibantainya borak dan merokok. Mengeleng kepala aman. Apa nak jadi dengan anak remaja kita nie. Kalau taknak semayang, baik tak payah datang masjid. Dah la perbuatan mereka tu terang-terangan. Semua orang boleh nampak. 

Agaknya kat sapa diorang nak tipu ? Kat mak bapak ? Diorang tak tahu pun tuhan tahu. Baik takyah terus datang masjid kalau taknak semayang. Lagi bagus sebab kita pun tak berdosa sebab kalau mereka ada pun bukannya ade orang nak tegur nak nasihat supaya masuk ke dalam masjid semayang. Yelah, bukan ade orang berani nak tegur pun. Setakat benci dalam hati tu bolehlah. Almaklumlah kebanyakkan remaja zaman sekarang tak macam dulu, kurang ajar.

Sebaiknya masjid kat tempat aman nie perlu buat pengumuman supaya yang kat luar sila masuk untuk semayang. Atleast seminggu sekali dapatlah jugak pahala lebih jemaah. Kalau mereka dengar dan akur, baguslah. Kalau tak dengar, nak buat macam manakan.

Tepuk dada tanya selera.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?