Indahnya Kemaafan Dalam Persahabatan

Pintu bilik dibuka Halim dengan agak keras, buku-buku yang dipegangnya dihempas kuat diatas meja, beg gelas pulak dibaling keatas katil. Muka Halim merah padam dek kerana marah.

Leman yang tengah study dengan amannya tadi terkejut sakan dengan feel roommatenya itu. Dibiarkan dulu biar Halim sejuk  barulah Leman bukak bicara "Kenapa Halim ? Marah benar aku tengok".

"Huh !! Mane tak marah, nie semua si Amin tu punye pasal" jawab Halim dengan perasaan marah. Suaranya kuat menunjukkan panasnya masih tak reda. "Kenape,err...bukan ke korang berdua nie sahabat baik, macam mane boleh perang dunia nie ?" Leman cuba tahu lebih lanjut. Pelik jugak dia sebab Halim dengan Amin tu macam belangkas, memang trully best friendlah.

"Sebenar kitaorang ade nak discuss pasal projek dengan bebudak lain kat foodcourt. Aku dah bagitau dulu aku dtg lewat sebab ade hal kat bank. Dia kate ok. Tapi mase aku sampai tu, dia boleh siap sindir aku cakap aku nie jenis spesies tak boleh diharap. Pastu aku mintaklah maaf sebab lewat sebab tak jangka pun urusan aku kat bank boleh tahanlah jugak lama. Dia boleh tampar meja. Habih terkejut aku dengan bebudak lain. Semua kat foodcourt tu tengok kat aku. Malu aku Leman. Aku sound dia pastu aku blah. Tak guna punye kawan. Lambat skit pun xleh, bukan aku tak infotm dulu pun" panjang Halim memberi explaination.

"Hmmm...sebab kau lama sangat kot dia marah tu" kata Leman. "Huh, lewat setengah jam jea. Bukan tak inform pun. Budak lain ok jea. Yang die over tu apehal. Yang dia kadang-kadang lewat takpe lak." getus Halim. "Start hari ni sori la aku nak kawan dengan dia" tambah Halim.

Risau Leman bile dengar Halim cakap macam tu. Dia memang tak suka melihat kawan-kawannya bergaduh. Dia yakin walau seteruk mana masalah pun mesti ada jalan penyelesaian.

"Kau rase berbaloi ke bergaduh sebab benda kecik macam tu ? Tak sayang ke persahabatan korang sejak dari kecik lagi ?" Leman melontarkan persoalan kepada Halim."Biar lah" jawab Halim pendek.

"Selalu amin macam tu ke ?" Leman tanya lagi. "Selalu dia ok jea. Skru kepala dia tercabut kot kali nie" Halim jawab dalam nada menyindir.

"Atau pun mungkin dia tengah ade masalah kot. Orang tertekan nie cepat marah" Leman mengajak Halim mengenal pasti punca. Lame Halim termenung baru dia jawab "hari tu ade jugak die bagitau family ade masalah sebab parents dia nak bercerai. Dia mengadu kat aku yang study dia terganggu sebab pikirkan sangat pasal masalah tu. Aku pun perasan dia tak seceria dulu. Asyik nak menyendiri jea."

"Mungkin sebab tu kot die tak pasal-pasal marah kot. Sebab dah lame sangat terpendam, kau pulak kebetulan berade pade situasi tersebut." Leman memberi pandangan. Dia cuba dalam kiasannya mengatakan yang Amin bukan sengaja nak cari gaduh dengan Halim tapi tekanan yang ditanggungnya menyebabkan dia bertindak sedemikian rupa.

"Emm...ade kemungkinan jugak macam tu tapi takkanlah sebab tupun nak lepas kat aku. Beringat la sikit.Huhh !!" kata Halim dalam nada marah.

Pening Leman dibuatnya. Ingatkan marah Halim dah reda rupanya masih panas. Baranye masih merah. Baru saje Leman nak bukak mulut supaya diorang yang bergaduh boleh berbaik semula, handphone Halim berdering mintak dijawab. "Hello"..

"Halim, nie aku nih. Aku tau kau marah kat aku pasal hal tadi. Aku mintak maaf. Aku menyesal sangat sebab tak reti jage perasaan kawan baik aku. Sebenarnye sebelum kau datang mak aku call yang dia dah sah bercerai dengan papa. Aku tak tau nak cakap macammana tapi aku taknak diorang bercerai. Aku taknak keluarga aku punah ranah. Maafkan aku yea Halim sebab tadi" kata Amin dihujung talian.

"Err..takpe. Aku pun nak mintak maaf jugak sebab lansung tak amik kisah pasal masalah ko. Aku tumpang simpati. Bersabar banyak-banyak yea Amin." balas Halim.

Leman menunggu lame sebelum Halim meletak telefon. Hanya lepas tu baru dia tanye "kenape?"."Mak ayah dia baru bercerai." kata Halim sugul." Aku tergamam jugak tadi. Ingat nak marah dah tadi. Kesian la pulak.Aku pun tak tau nak buat macam mana" sambung Halim."Yang kau tercegat kat sini buat ape. Pegi la jumpe dia. Kau macam tak paham Amin tu perlukan kau sekarang. Kau kan sahabat baik dia."

"Kalu macam tu, aku pegi jumpa dia kejap" kata Halim bergegas mengambil kunci motor."Ok, kalau macam tu aku sambung study balik" kata Leman.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?