La Tahzan - Jangan Bersedih


Cuaca hari ini baik. Dengan matahari yang menyinar, dengan kicauan burung yang girang, ditambah pula dengan sejuk angin yang sempoi-sempoi bahasa, sesiapa saja mudah terpesona dan rasa tenang dengan suasana begini.

Tapi tidak buat Mat. Dia nampak sugul, seolahnya dia sedang memikul satu beban yang amat berat. Dia tidak endah lansung ape yang berlaku disekeliling kerana tenggelam memikirkan nasib dirinya. Dari jauh kelihatan Faiz berjalan kearah Mat. Dia sebenarnya on the way hendak ke kedai, tapi bila nampak Mat dari kejauhan, dia melencong mendekati Mat. 

"Assalamualaikum" tegur Faiz. Tiada respon dari Mat. Ditepuknya bahu Mat. Mat terkejut "eh, Faiz, sori tak perasan lansung kau kat depan aku".

Faiz menyapu pasir atas tembok batu dan mengambil tempat duduk disebelah Mat."Aku tengok kau nie lain macam jea. Ade problem ke ?" Faiz memulakan bicara. "Emm..takde apelah Faiz. Masalah biasa-biasa jea" jawab Mat dengan senyum tawar.

"Yeke. Ingatkan ape sebab aku bagi salam pun takde respon tadi. Takde lah, takut bini lari dari rumah ke" kata Faiz sengaja untuk mewujudkan suasana humour. Dia tahu kawannya itu ada masalah tapi dia taknaklah memaksa Mat pula. "Ishh..kau ni. Merangut kat situ pulak. Makwe pun xde. Nie pulak bini" jawab Mat tersengih menampakkan giginya yang putih bersih.

Mereka berbual-bual hinggalah Mat bertanya "Faiz, aku tengok kau ni happy memanjang. Tak pernah aku tengok kau sedih ke, merungut ke. Dah la kau dulu pernah sakit teruk tapi aku tengok kau ok jea." Faiz seperti biasa senyum dan menepuk-pehuk bahu kawannya. "Kau pernah lapar tak?" tanya Faiz. Mat heran dengan soalan Faiz tapi dia jawab jugak dengan menggelengkan kepala. "So, kenapa nak sedih-sedih" jawab Faiz sambil tersengih kerang busuk. "Ishh kau nie. Aku tanya betul-betul boleh pulak dia buat main-main. Kau taktau ape yang tengah aku tanggung sekarang" keluh Mat. "Kalau kat tak bagitau macammana aku nak tau" kata Faiz.

Maka berceritalah sepanjang lebar Mat tentang apa yang membelenggu dirinya kepada Faiz. Faiz diam mendengar. Dia mahu kawan lega sedikit selepas meluahkan apa yang terbuku didada.

Hanya selepas Mat selesai sudah, barulah Faiz bersuara "Mat, kita hidup tak kan sunyi dari ujian dan dugaan. Aku pun dulu macam tu jugak. Asyik mengeluh fikir apelah nak jadi dengan aku. Tapi semua tu berubah bila ada seorang makcik nie nasihatkan aku. Apa yang dia cakap betul-betul terkesan kat aku. Dia cakap kita hidup nie jangan mengeluh 24 jam. Ingat ! Apa yang berlaku tu semua dugaan dan ujian dari Tuhan. Dia nak tengok sampai mana kita boleh sabar dan masa tu ade tak kita ingat kat Dia. Bila aku ingat macam tu aku jadi happy balik. Aku fikir buat apa aku nak bersedih nak mengeluh semua, apa yang perlu aku buat hanya maju kedepan sebab aku yakin kat depan sana ada harapan cerah yang menanti aku"

"Macam kau cakap apa yang kau harapkan sampai sekarang tak tercapai jugak. Salah kau fikir macam tu. Mungkin Tuhan nak uji sampai mana kau bersabar dan berdoa kepadaNya. Sebab nanti bila kau dapat, kau akan dapat rasa manisnya nikmat yang  Tuhan berikan. So Mat, takyahlah bersedih sangat yea. Terus doa dan usaha. Insyaallah dapat la tu. Cuma lambat dan cepat jea.Yang penting kau jangan putus asa." panjang Faiz explain.

Senyuman mula terukir diwajah Mat. Apa yang diberitahu rakannya ada betul juga. Kenapa perlu dia sedih sampai macam tu sekali sehingga nak give up. Orang yang give up tanpa mencuba adelah orang yang gagal. Dia tak mahu jadi macam tu. "Betul jugak ape yang kau cakapkan tu Faiz. Aku janji pade kau aku takkan jadi macam nie lagi" kata Mat dengan penuh semangat. "Itulah Mat yang aku kenal" kata Faiz dengan penuh kesyukuran kerana kawannya tak sedih lagi.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?