Bak Keldai Berbicara

Kalau kite tak tahu, kita kena tanya yang tahu. Senang cite rujuk pada pakar atau expert.

Samalah jugak, kalau sakit, kita pegi jumpa doktor. Kalau kereta rosak, kita suruh pomen repair. Kerja gila kalau sakit pegi rujuk pada engineer takpun kalau kereta rosak kita suruh doktor perubatan repair. 

Tapi realitinya situasi macam tulah lebih kurang tengah berlaku sekarang. Tak kena pada tempat aman boleh cakap.Pegi rujuk pada yang bukan pakar. Dan yang takleh blah pulak, pakar express nie pulak react macam dia yang lagi pakar dari pakar-pakar yang sedia ada. 

Nak kasi komen tak ape, itu no hal tapi janganlah pulak seolah-olah memaksa orang lain menerima komen itu sebagai rujukan. Dan yang takleh blah lagi boleh pertikai pulak kewibawaan pakar-pakar yang ade nie. Siap kata pakar-pakar tu takleh pakai sebab sokong parti tertentu takpun cakap sudah dibayar. Amboi, ingat senang ke nak bergelar pakar. Susah kot, makan duit, keringat, serba-serbilah kena korban sebelum individu diiktiraf sebagai pakar dalam bidangnya. Bukan setakat baca kat wikipedia tup tup terus boleh jadi pakar. 

Terus terang aman cakap, aman marah, sedih dan kecik hati bila certain people emotionally senang-senang jea mempertikai hujah para pakar bila mana hujah tersebut tak kena dengan nafsu dan kehendak mereka.

Bila kena dengan kehendak mereka, pakar dipuji dan dikata berwibawa tapi bila tak kena dengan angin mereka, pakar yang sama pulak dicakap bodoh dan mengikut cakap pihak tertentu.

Lepas tu dibuatnya hujah sendiri dengan bersumberkan internet dimana sumber internet tersebut tak dipastikan kesahihannya tapi takpelah dah kena dengan angin mereka. Memang kalau dibaca dan didengar macam sedap jea bunyi, macam cerdik jea bunyi tapi sebenarnya semuanya rubbish semata-mata.

Senang cakap bak keldai berbicara. Suaranya hodoh tapi masih perasan suara merdu bak burung.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?