Lebih Dalam Kurang

Ada satu tengah hari, ketika aman sedang drive, sudah menjadi kebiasaan untuk tune kat radio ikim.fm. Best stesen radio nie sebab selalu ada tazkirah yang menarik. Dari membiarkan diri nie kosong ketika memandu, elok untuk aman mengisinya dengan ilmu yang berfaedah. At least dapat jugak pahala kan.

Ada satu tazkirah nie kat radio ikim.fm amat menarik. Teringin pulak aman nak kongsi dengan semua orang. 


Masa aman on kan radio tu, tazkirah kat ikim.fm dah dekat separuh jalan. Rasa rugi pulak sebab dah banyak yang terlepas. Aman tak pasti ape tajuk tazkirah tu sebab dah terlepas tapi aman yang aman boleh cakap ustaz tu tengah cakap pasal lebih dalam kurang. 

Macam mana tu ?

Yang nie aman syok nak share nie. Macam nie...

Kita nie hidup kat dunia bukan selalu dapat apa yang kita nak. Penat dah doa dan penat dah usaha tapi tak dapat jugak. Kadang-kala kita naik jealous tengok orang yang lebih pada kita hinggakan kita senang nak merungut itu ini tak kena.

Tapi sebenarnya adekah pernah terlintas kat fikiran cerdik kita nie bahawasanya apa yang kita rasa kurang tu sebenarnya lebih untuk kita. Tapi kita jea tak nampak. Contoh yang ustaz tu kasi dari pengalamannya ketika mengendalikan satu motivasi menarik untuk aman kongsi. 

Seorang makcik nie merungut sebab dia tak pernah naik pangkat. Lepas tu pulak dia rasa segala bentuk kesalahan ditempat kerja diletak kat bahu dia. Senang cite dia nie macam bad women kat office. Tengah makcik nie melepas perasaaan, ustaz tu tanya keluarga bagaimana. Makcik nie cakap keluarga ok, anak semua berjaya belaka. Baik belaka. Memang dia menceritakan dengan penuh bangga kata ustaz tu. Jadi ustaz tu cakaplah, tengok makcik, mungkin kurang kat sini tapi Allah lebihkan kat tempat lain. Semua anak makcik berjaya. Bila diberitahu macam tu, barulah makcik tu tak kisah dah pasal problem kat office bahkan dia bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada dia.

Ustaz tu bagitau lagi yang tak semestinya semua kita nak Allah makbulkan. Kemungkinan apa yang kita mintak tu tak kena lansung dengan kita, atau jugak kita tak bersedia lagi untuk menerima apa yang kita mintak, atau Allah nak tunggu suitable time untuk tunaikan apa yang kita mintak. 

Dan

Setakat tu jea lah aman boleh kongsi sebabnya aman tak dengar habis tazkirah tu kerananya dah sampai ke destinasi.

Ulasan

  1. Salam Aman. Terima kasih aman kerana sudi berkongsi kisah ini. Harap aman post lebih banyak kisah mengenai pengalaman hidup seseorang yang boleh dijadikan pengajaran.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?