Pemain Muda Nazmi Tinggalkan Beira-Mar

Aman terkejut bila dapat tahu pemain muda bolak sepak negara, Nazmi meninggalkan Beira Mar. Sampai sekarang Nazmi masih belum menjelaskan kenapa dia meninggalkan kelab bolak sepak Portugal itu. Bahkan FAM pun tak tau kenapa. 


Dek kerana senyap seribu bahasa Nazmi, pelbagai spekulasi timbul. Contohnya dalam Sinar Harian yang aman baca hari nie bertarikh 7 Feb 2013...

Kemuncak Nazmi tinggalkan Beira-Mar

KEHILANGAN orang tersayang dikatakan menjadi titik tolak Nazmi Faiz Mansor meninggalkan Beira-Mar.

Menurut sumber, Nazmi pada awalnya telah membeli tiket untuk pulang sempena cuti Krismas dan sambutan tahun baru.


Pada masa sama juga, tanpa diduga, salah seorang ahli keluarga yang rapat dengannya meninggal dunia.


Difahamkan, Beira-Mar enggan melepaskan Nazmi untuk pulang ke Kuala Lumpur.


Sumber memberitahu, keengganan kelab Portugal itu menjadi antara punca Nazmi meninggalkan benua Eropah.


Di sebalik perkembangan itu, hasrat peminat tempatan untuk menyaksikan kelibat Nazmi beraksi di pentas Eropah lebih lama tidak kesampaian.


Ini kerana pemain berusia 19 tahun itu mengambil keputusan menamatkan kontrak tiga tahunnya dengan kelab Divisyen Satu Portugal, SC Beira-Mar.


Sebelum ini, Nazmi mencipta sejarah muncul selaku pemain tempatan pertama beraksi di Portugal.


Namun, kepulangan mengejutnya dan menyertai pasukan berstatus kelab PKNS FC mencetuskan kontroversi serta tanda tanya.


Pada sidang media Ahad lalu, Nazmi tetap dengan pendirian enggan mendedahkan punca dia meninggalkan SC Beira-Mar sambil menegaskan keputusan yang diambil demi kebaikan dan masa depannya.

Manakala dalam Berita Harian bertarikh sama pula memetik gesaan Tg Abdullah selaku Timb. Presiden FAM supaya tidak create sebarang spekulasi tentang kepulangan mengejut Nazmi ke tanah air...

Henti spekulasi isu kelab Beira-Mar: Tengku Abdullah

Rompin: Hentikan spekulasi mengenai keputusan mengejut Nazmi Faiz Mansor (gambar) kembali ke tanah air, kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Biarpun agak terkejut dengan tindakan pemain muda itu meninggalkan kelab divisyen satu Portugal, SC Beira-Mar untuk beraksi di Liga Super bersama PKNS FC, beliau berkata, Nazmi pastinya mempunyai sebab tersendiri sehingga memaksanya kembali bermain di negara ini.
Hal peribadi

“Mungkin ia membabitkan hal peribadi tapi saya mahu semua jangan buat spekulasi. Saya belum berjumpa dengan dia lagi. Saya berharap jangan kita cepat kritik dia sehingga seolah-olah dia cepat putus asa.

“Jika ada tawaran lagi untuk bermain di luar negara, harapan saya supaya dia dapat membuat pertimbangan kerana usianya masih muda,” katanya ketika ditemui selepas melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Teluk Gading di sini semalam.

Tidak bazir bakat
Selain itu, Tengku Abdullah mahu Nazmi untuk kekal fokus dan sentiasa berusaha meningkatkan tahap permainannya supaya bakat besar yang ada tidak disia-siakan.

Beliau turut menasihatkan pemain muda lain yang menerima tawaran bermain dengan kelab bola sepak di luar negara supaya mengambil peluang berkenaan dengan sebaiknya.

Bagi aman, Nazmi mesti ada sebab kenapa dia meninggalkan kelab bolak sepak Portugal itu. Untuk dia menjelaskan kepada semua itu adelah hal lain. Yang penting sekarang, dia mesti fokus dan membina careernya kerana dia masih muda dan banyak lagi dia perlu tempuhi dimasa depan. Sekarang pun Nazmi sudah mengikat kontrak dengan kelab bola sepak PKNS.

Walau ape pun, kita mesti dan perlu menyokong bola sepak tanahair.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?