Erti Tawakal

Semalam, lepas satu hari busy di waktu siang, saya ambik kesempatan untuk belek-belek majalah Solusi yang baru beli minggu lepas. Dah lama beli tapi tak sempat lagi nak baca, sibuk mengejar dunia.

Belek punya belek, saya tertarik pada satu artikel nie membincangkan pasal Tawakal. Tajuk yang digunakan juga menarik ; Tawakal : Malulah Kepada Burung. Kenapa hendak dimalukan kepada burung ? Cuba baca hadith nie :

Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, maka Allah akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung. Pagi-pagi burung keluar dari sarang dalam keadaan lapar namun pada petangnya pulang dalam kekenyangan. ( Riwayat Al Tarmizi )

Cuba kita tengok burung takpun binatang-binatang lain macam kucing, ayam, harimau, itik dan banyak lagi spesies lain. Setiap hari mereka bangun dari tidur keluar cari makanan dengan serah diri kepada Allah. Selepas seharian, mereka akan pulang ke sarang dengan rezeki yang diraih. Rezeki yang didapati tu mungkin banyak atau sedikit tapi mereka takde la pulak risau. Mereka balik untuk berehat berselimutkan perasaaan reda dengan ketentuan Allah menunggu hari esok. 

Itu binatang. Kita manusia nie pulak macam mana ? Takyah cakap kat orang lain. Kadang-kadang kita sendiri pun malam takleh tidur nyenyak memikirkan apa agaknya nasib kita esok. 

Sebenarnya macam mana tawakal yang betul ?

Tawakal yang sebetulnya bukanlah bila segalanya dah selesai barulah kita berserah diri meletakkan nasib kita pada Allah. Seolah-olah macam kita nie hanya melihat pada upaya dan usaha kita untuk menjayakan perancangan kita. Sebetulnya dari mula lagi kita dah mula dengan tawakal. Contohnya kalau kita berniaga. Kita berdoa, solat hajat dan istikharah. Dalam masa yang sama perancangan dan strategi sudah disusun sebaik mungkin. 

Seperti kata penulis dalam majalah Solusi untuk artikel Tawakal : Malulah Kepada Burung :

Umat Islam dalam semua keadaaan perlu bertawakal kepada Allah. Tidak akan menyesal orang yang bertawakal. Percayalah kalau kita masih berpaut kepada Allah, pasti Allah tidak mensia-siakan usaha, perancangan dan strategi kita. Semoga umat Islam sentiasa dalam kemenangan.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?