Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2016

Progress Terkini Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai

Imej
Menarik. Amat menarik. Sejak pembinaan dimulakan tahun lepas lagi, progress lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai amat laju. Phase awal dari Kg Tiong ke Limbat nampak macam lebih 40 peratus dah pun siap.  Ini adalah bukan gambar yang saya tangkap sendiri sebab saya tiada kemudahan drone berkamera untuk diterbangkan. Ini adalah gambar dari facebook pemilik drone yang mengambil gambar dari pandangan atas. Dari atas kita dapat melihat dengan lebih jelas apa yang sedang berlaku di bawah. Selalunya saya hanya dapat lihat dari pandangan sisi sebab kalau pandu kereta dari Tunjong ke Pasir Tumboh melalui jalan pintas, memang akan melalui bawah lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai.  Malas nak bebel banyak. Ini saya kongsikan gambar progress terkini projek lebuhraya terbabit Untuk makluman, Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai atau lebuhraya rakyat asalnya adalah hasil initiative kerajaan negeri Kelantan. Asalnya kerja-kerja highway s...

Progress Terkini Aeon Mall Kota Bharu

Imej
Ini adalah kiriman dari seorang follower https://facebook.com/maafsebut progress terkini Aeon Mall yang terletak di Lembah Sireh Kota Bharu. Nampaknya banyak yang sudah siap memandangkan tarikh untuk Aeon Mall dibukak kepada umum sudah dekat iaitu bulan april 2016. Sudah menjadi peraturan di Kelantan, yang bagi saya bagus dalam memartabatkan tulisan jawi yang kian dilupakan, Aeon Mall dalam tulisan jawi sudah pun siap dipasang.   

Progress Terkini Giant Bandar Baru Tunjong Kota Bharu Kelantan

Imej
At last, sempat juga saya share dengan adik kakak belako progress terkini Giant di Tunjong. Giant adalah satu-satunya projek yang saya rasa near completion. Manakalah projek sebelahnya iaitu Prima Lagenda kelihatan lansung tiada progress. Dan saya juga ada mendengar desas desus yang projek Prima Lagenda ini akan dijual kepada pemaju yang berminat.  Kalau macam ini punya kes, bagaimana pulak dengan Che Siti Mall, Hotel Mercure dan kondo mewah yang membentuk projek Lagenda Tunjong ?? Adakah Lagenda Tunjong itu sendiri tidak akan siap sepenuhnya ataupun mungkin bertukar developer ?? Kita tunggu dan lihat.

Like FB Maafsebut