Progress Terkini Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai

Menarik. Amat menarik. Sejak pembinaan dimulakan tahun lepas lagi, progress lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai amat laju. Phase awal dari Kg Tiong ke Limbat nampak macam lebih 40 peratus dah pun siap. 

Ini adalah bukan gambar yang saya tangkap sendiri sebab saya tiada kemudahan drone berkamera untuk diterbangkan. Ini adalah gambar dari facebook pemilik drone yang mengambil gambar dari pandangan atas. Dari atas kita dapat melihat dengan lebih jelas apa yang sedang berlaku di bawah. Selalunya saya hanya dapat lihat dari pandangan sisi sebab kalau pandu kereta dari Tunjong ke Pasir Tumboh melalui jalan pintas, memang akan melalui bawah lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai. 

Malas nak bebel banyak. Ini saya kongsikan gambar progress terkini projek lebuhraya terbabit













Untuk makluman, Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai atau lebuhraya rakyat asalnya adalah hasil initiative kerajaan negeri Kelantan. Asalnya kerja-kerja highway sudah pun bermula oleh syarikat GLC negeri bersama pihak swasta tetapi terbantut kerana kekangan kewangan. Sekarang sebahagian besar projek lebuhraya KB ke Kuala Krai ini telah pun diambil alih oleh kerajaan pusat dan dimasukkan bersama dalam projek mega LEBUHRAYA CSR menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Lumpur. Yang menariknya, highway ini bebas tol dan menggunakan material turapan berbeza yang lebih tahan lama dan mesra kepada kenderaan. 


Ulasan

  1. Assalammualaikum,

    Saya berminat untuk tahu tentang projek hydroeletrik Nenggiri di Kelantan oleh TNB. Saya dengar syarikat Euro-Saga mendapat projek ini. Saya ingin tahu sama ada Euro-Saga mempunyai apa-apa hubungan dgn kerabat di Raja Kelantan atau MB Kelantan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa didalam pengetahuan saya, projek nih masih diperingkat cadangan.

      Padam
    2. Eurosaga memang syarikat kerabat istana.

      Padam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?