'Tak Salah Guna Gelaran Encik Kalau Anda Betul-Betul Bagus' - Komen Lecturer UiTM Dr Ira Mardiana Kepada Azizan Osman

image easyuni

Surat terbuka lecturer UiTM ini benar2 menunjukkan gelaran 'Dr' itu mahal harganya, bukan boleh dibuat main....

[demo oghe kelate ? cepat Like FB Maafsebut untuk latest update & info berguna]

Kehadapan Encik Azizan Osman,

Pertama, saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana telah banyak mengubah nasib, masa depan, dan kekayaan usahawan Bumiputera seperti mana yang dituntut dalam seminar dan ceramah motivasi terkenal anda.

Saya tidak pernah hadir ke mana-mana seminar anda, oleh itu saya tidak dapat mengukur atau menyelidik kaedah, teori, strategi, keberkesanan atau mana-mana pendekatan yang anda gunakan.

Sekarang, bahagian yang PALING SUKAR.


Encik Azizan,

Anda dengan bahayanya telah mewujudkan satu virus yang dipanggil 'Fake it till you make it'. Ia sangat merbahaya kerana semua penyokong anda seolah-olah menarik anda ke satu sudut untuk mempertahankan anda dengan hashtag #supportDAO misalnya, walaupun dengan jelas anda telah melakukan penipuan kelayakan. Penipuan kelayakan boleh terjadi dalam pelbagai bentuk, tetapi biasanya melibatkan seorang individu mendakwa mempunyai kelayakan, namun gelaran itu sebenarnya tidak pernah dianugerahkan kepadanya. Dalam kes anda, gelaran itu adalah Ph.D. anda.



image www.ccsf.edu

Izinkan saya berkongsi kepada anda pengembaraan asas Ph.D bagi mendapatkan gelaran 'Dr.' yang cukup terkenal itu. Adakah gelaran doktor falsafah membuatkan kita berasa pintar? Ya, sememangnya! Sudah tentu!

Tetapi sebelum kami atau orang lain di dunia boleh memanggil kami dengan gelaran 'Doktor', kami perlu belajar, kami perlu menjalankan penyelidikan dan membuat kerja lapangan, kami perlu menjadi teladan cemerlang dalam semua lapangan yang diperlukan dalam pengembaraan Ph.D kami. Kami perlu menjadi sangat bagus dalam statistik dan kami juga perlu menjadi pakar dalam bidang perisian kuantitatif dan kualitatif penting seperti SPSS dan NVivo.

Perjalanan ini biasanya memakan masa bertahun-tahun untuk kami melakukan kajian sastera besar-besaran, kajian perbandingan, pengumpulan data, dan analisis data dalam bidang yang kami ceburi. Kami perlu menulis dan membentangkan kertas kerja di pelbagai persidangan antarabangsa dan harus melebarkan rangkaian dengan para ilmuwan dan profesor terkenal dari seluruh dunia.

Semua ini adalah proses penting untuk peringkat akhir viva voce (viva) kami di mana, ia menentukan sama ada perjalanan dan kerja keras kami sepanjang 4-6 tahun selama ini melayakkan kami merangkul gelaran 'Dr.' atau tidak.


Saya mempunyai ramai kawan yang telah gagal untuk mendapatkan Ph.D atau gelaran 'Dr.', tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang tiada rasa malu menggunakan gelaran ini. Kenapa?

Kerana mereka tahu, IA TERLAMPAU SUSAH dan anda perlu benar-benar memperolehnya sendiri. Tetapi mereka tetap berbangga menjalankan Ph.D walaupun mereka tidak mendapat gelaran 'Dr.' tersebut.

Ingatlah bahawa orang-orang yang tidak mendapat Ph.D dan gelaran 'Dr.' ini telah "berjuang bermati-matian" dalam sesi viva yang begitu menyeksakan.


Dan kepada anda yang telah mewujudkan dan menyebarkan virus 'Fake till you make it' ini terutamanya kepada anak muda Gen Y di negara, saya TIDAK akan cakap 'SHAME ON YOU' seperti orang lain, tetapi sebaliknya menasihatkan supaya anda memulakan kajian Ph.D sebenar di sebuah universiti sebenar.

Kenapa?

Kerana agenda 'Fake till you make it' yang diperjuangkan dan dipopularkan oleh anda ini benar-benar membunuh kelebihan, profesion dan reputasi kami dengan menghantar mesej yang salah kepada golongan muda Gen-Y di negara ini dan juga pelajar universiti yang saya kini mengajar.

Tetapi yang paling penting, virus 'Fake till you make it' ini menafikan segala kerja keras sebenar kami sepanjang 4-6 tahun mengambil Ph.D.


Akhir sekali, tiada salahnya menggunakan gelaran Encik Azizan Osman dalam mana-mana seminar atau ceramah anda kerana jika anda betul-betul bagus, bermakna anda memang bagus!!

Sekurang-kurangnya, ia lebih baik daripada menggunakan gelaran palsu seperti 'Dr.'.

Semoga berjaya,
Dr. Ira Normardiana Yusof
Ph.D (UNIVERSITI SALFORD, MANCHESTER, UNITED KINGDOM)
MASTER (UNIVERSITI BEDFORDSHIRE, UNITED KINGDOM)



image syaisya.com

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?