12 Nasihat Untuk Yang Mahu Berjinak Dengan Dunia Perniagaan Bagi Menjadi Usahawan Berjaya

Sepanjang dua tahun ini, saya bertemu dengan ramai usahawan baru. Banyak yang berjaya, ramai juga yang bungkus. Apakah yang saya belajar dari mereka?

1. Fokus dengan satu idea bisnes saja. Buat sampai jadi. Boleh modify idea, tetapi usah keluar dari bisnes tersebut. Apa yang saya perhatikan ialah ramai usahawan baru mudah mengalah apabila timbul sedikit cabaran.

2. Cukup ramai usahawan bertukar kepada bisnes baru, sedangkan bisnes sedia ada belum berkembang. Akhirnya, mereka melompat dari satu bisnes ke satu bisnes - seperti monyet yang melompat dari satu dahan ke satu dahan. Ini tanda orang yang mempunyai survival skill yang rendah. Nak buat bisnes, kena mempunyai ketahanan mental yang tinggi.

3. Usahawan boleh pelbagaikan (diversify) bisnes untuk uruskan risiko dengan baik. Itu tak ada masalah. Cuma, usah pelbagaikan bisnes pada peringkat permulaan. Apabila bisnes pertama menjadi, baru mulakan bisnes kedua.


4. Apabila kita memilih untuk berbisnes, tanggungjawab membangunkan bisnes terletak atas bahu kita. Usah harapkan agensi kerajaan, ibu bapa atau kawan-kawan untuk menjadikannya berjaya. Kalau ada sokongan, itu bonus. Kalau tak ada, kita berenang sendiri. Usah tuding jari kepada orang lain.

5. Sebahagian besar usahawan memulakan bisnes dengan tak jelas business model. Dia nampak orang lain buat bisnes, dia pun nak buat bisnes juga. Walau apa pun bisnes, pastikan kita jelas business model. Kalau tak faham, belajar. Kalau tak tahu, tanya.

6. Ramai mencurah modal yang besar tanpa melakukan idea validation. Betul, kita ada idea yang bagus. Persoalannya ialah adakah idea itu mesra pasaran? Adakah pelanggan akan membeli idea tersebut. Nasihat saya ialah usah curah modal besar tanpa melakukan idea validation.

7. Bercakap mengenai validation, saya berpendapat ada dua perkara yang semua usahawan kena validate. Pertama, kena validate produk atau perkhidmatan. Banyak cara boleh dilakukan, termasuklah dengan cara minimum viable product. Buat sedikit (tak sempurna pun tak mengapa), kemudian dapatkan respon pengguna sasaran. Dari situ, buat adjustment dan mantapkan lagi produk atau perkhidmatan.

Jangan lupa untuk Like Facebook Maafsebut untuk info menarik terkini !!

8. Kedua, selain validate produk, usahawan mesti validate business model. Ada kala produk bagus dan disambut baik oleh pelanggan sasaran. Namun, tanpa business model yang baik, usahawan akan hadapi kesukaran menguruskan bisnes dan mengoptimumkan keuntungan.

9. Usahawan mesti bermain dengan angka. Semua perkara mesti berasaskan angka. Kalau kita kata, "produk ini dapat sambutan baik," berapakah angka sambutan baik itu? Berapa peratuskah peningkatan jualan berbanding sebelumnya (baseline)? Adakah 10%, atau 30% atau 100%? Kalau kita kata bisnes ini untung, berapakah keuntungan? Adakah RM100,000, atau RM10,000, atau RM1,000? Nyatakan secara spesifik. Usah bercakap secara kabur. Bisnes ialah pengurusan angka.

10. Untuk peringkat awal, biar bisnes berkembang secara organik. Dalam bahasa yang mudah, berkembang menggunakan keuntungan sedia ada. Simpan keuntungan dan laburkan semula sebagai modal bisnes. Selepas beberapa lama, apabila business model itu telah diuji (dan terbukti berjaya), dan produk mendapat sambutan, barulah dapatkan pembiayaan luar (dari agensi atau bank). Buat pinjaman hanya untuk scale-up, bukan memulakan bisnes.


11. Elak melenting apabila pelanggan berikan maklumbalas. Kita buat bisnes kerana nak selesaikan "masalah" pelanggan. Apabila pelanggan kata produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan itu tidak menyelesaikan masalah mereka, terima sajalah. Kalau nak teruskan dengan idea bisnes itu, pastikan kita dapat lebih banyak respon positif berbanding negatif. Sekiranya tidak, elok fikir semula.

12. Usah gila dengan istilah yang kelihatan seperti hipster di media sosial. Fokus kepada bangunkan business model, validate produk / perkhidmatan dan pasaran. Biarlah "sifu" dengan dunia mereka. Kita bina empayar kita !!

Perkongsian yang menarik ini adalah dari saudara Norizan Sharif. Beliau adalah CEO ISKEN. Sebuah badan kerajaan yang membantu usahawan baru macam mana untuk menjalankan perniagaan dengan betul.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?