Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Shairan Huzani Hussain - Dari Anak Nelayan Kelantan Kepada Pengarah Urusan Shell

Imej
Anak kelahiran Kelantan ini sebenarnya mempunyai permulaan hidup yang sangat sederhana. Dilahirkan 49 tahun dahulu di Pasir Puteh kepada sepasang guru, Shairan dibenarkan untuk membesar bersama datuknya di kampung Kedai Buloh, sebuah kampung nelayan di pinggir Sungai Kelantan, berhampiran dengan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bahru. Datuknya hanyalah seorang nelayan sementara neneknya menjual bunga sanggul. Dia merupakan anak sulung di antara empat adik beradik, Shairan membesar di perkampungan nelayan itu seorang diri bersama datuk dan neneknya sehingga berusia enam tahun. Kemudian, Shairan berpindah untuk tinggal bersama ibubapanya dan memulakan persekolahan beliau di SK Tengku Indera Petra di Kota Bahru. Selepas tamat sekolah rendah, Shairan diterima masuk ke MRSM Pengkalan Chepa, di mana Shairan bertemu dengan seorang yang istimewa yang akhirnya menjadi isteri beliau sehingga kini. Hasil usaha Shairan selama lima tahun di sekolah berasrama penuh ...

Progress Terkini Platinum Mall Kota Bharu

Imej
Saya dengar khabar yang Platinum Mall akan dibuka sebelum Raya Aidilfitri ini. Konsep mall ini bukan seperti mall lain di Kelantan sebab ianya berkonsepkan borong sepertimana Kenangan Wholesale City Mall di Kuala Lumpur. Berikut adalah progress terkini Platinum Mall Kota Bharu yang saya sempat share dengan anda semua :

Jangan Ambil Tanah Kami Luah Penduduk Berhubung Projek Lembah Binjai

Imej
“Kasihanilah kami… Lagipun kami dah lebih separuh abad tinggal di Kampung Chepa. Mana lagi kami nak mengadu lepas ni jika tanah kami diambil begitu sahaja,” kata Halimah Daud, 63. Itu antara luahan penduduk berhubung projek Lembah Binjai yang turut melibatkan beberapa kawasan termasuk Kampung Chepa, Kampung Binjai, Kampung Pulau Raja, Kampung Pulau Tengah dan Kampung Pulau Hilir.

Anda Pasti Terkejut Melihat Bagaimana Masjid Nabawi Dibersihkan Setiap Kali Selepas Waktu Berbuka

Imej
Penulis asal Najmi Farisham Selesai sahaja berbuka puasa dan solat Maghrib di Masjid Nabawi, para jemaah ada lebih kurang sejam setengah untuk sambung makan minum yang masih belum selesai tadi. Ada juga yang kembali ke hotel untuk mandi dan rehat. Ada yang duduk lepak di kaki lima hotel, tunggu makanan di tekak turun habis ke perut. Sambil itu perhatikan bermacam feel perangai manusia dari berbagai bangsa dan negara. Yang paling menarik gaya mereka berpakaian. Jemaah Pakistan dengan baju kurta mereka. Jejaka dari Turki pula biasanya berbaju kot, berseluar slack. Orang Indonesia berkain batik. Orang Melayu kita pula ada yang berbaju Melayu, bangga woih di Tanah Arab. Hihi. Selebihnya berjubah. Desain jubah juga lain-lain. Ada potongan jenis Arab Mesir, besar dan luas di leher. Orang Sudan pula berjubah putih tiada kolar di leher, namun pergelangan tangannya pula besar. Bolehlah kalau nak masukkan kepala orang dalam itu. Hihi. Kalau remaja Saudi pula, mereka lebih suka memaka...

24 Penjara Ditutup Kat Belanda Kerana Kekurangan Banduan Sehingga Terpaksa Import Banduan Dari Luar

Imej
Pada 2013, kerajaan Belanda menutup 19 penjara kerana kekurangan banduan. Kini jumlah penjara yang ditutup bertambah kepada 5 sejak 4 tahun lalu menjadikan secara total 24 penjara menghentikan operasi. Hanya 700 banduan yang tinggal di penjara-penjara di Belanda. Sebenarnya trend penutupan penjara ini sudah bermula dari tahun 2004 lagi apabila kadar jenayah mulai menurun. Walaupun penutupan penjara bagus kerana dari satu segi menunjukkan turunnya kadar jenayah tetapi dari satu segi lain lagi ramai yang terjejas kerana ramai yang bekerja dalam operasi penjara ini. Kerana itu, Belanda telah mengimport banduan dari luar hanya untuk mengisi penjaranya yang kosong. Walau bagaimanapun, menurut laporan The Telegraaf, Menteri Kehakiman Belanda Ard Van Der Steur mengatakan pembiayaan operasi penjara kosong ini terlalu mahal bagi negara sekecil Belanda. Terdapat beberapa faktor kenapa kadar jenayah kurang di Belanda. Antaranya hukuman dilonggarkan dan fokus lebih kepada rehabilitasi da...

Like FB Maafsebut