24 Penjara Ditutup Kat Belanda Kerana Kekurangan Banduan Sehingga Terpaksa Import Banduan Dari Luar

Pada 2013, kerajaan Belanda menutup 19 penjara kerana kekurangan banduan. Kini jumlah penjara yang ditutup bertambah kepada 5 sejak 4 tahun lalu menjadikan secara total 24 penjara menghentikan operasi.

Hanya 700 banduan yang tinggal di penjara-penjara di Belanda. Sebenarnya trend penutupan penjara ini sudah bermula dari tahun 2004 lagi apabila kadar jenayah mulai menurun. Walaupun penutupan penjara bagus kerana dari satu segi menunjukkan turunnya kadar jenayah tetapi dari satu segi lain lagi ramai yang terjejas kerana ramai yang bekerja dalam operasi penjara ini. Kerana itu, Belanda telah mengimport banduan dari luar hanya untuk mengisi penjaranya yang kosong. Walau bagaimanapun, menurut laporan The Telegraaf, Menteri Kehakiman Belanda Ard Van Der Steur mengatakan pembiayaan operasi penjara kosong ini terlalu mahal bagi negara sekecil Belanda.


Terdapat beberapa faktor kenapa kadar jenayah kurang di Belanda. Antaranya hukuman dilonggarkan dan fokus lebih kepada rehabilitasi dan gelang pengawasan untuk mengawasi para pesalah. Sebuah kajian yang pada tahun 2009 menunjukkan pemakaian gelang pengawasan menurunkan potensi seseorang itu aktif kembali sebagai jenayah dibandingkan dengan sistem hukuman tradisional.

Para pesalah di Belanda tidak dibiarkan menghabiskan waktu di penjara kerana ianya membazirkan duit negara, malah mereka diberi peluang untuk menyumbang balik kepada masyarakat.


Langkah-langkah yang diambil ternyata menurunkan kadar jenayah di negara kecil tersebut. Belanda memiliki 17 juta penduduk dan 11600 adalah banduan. Itu bermaksud hanya 69 untuk 100000 orang.

Bandingkan dengan Amerika Syarikat yang sebanyak 716 dari 100000 orang warganya meringkup di dalam penjara. Angka ini juga merupakan yang tertinggi di dunia.

Sumber : Kompas.com

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?