Tahun Baru Azam Baru


Sedar tak sedar kita semua dah masuk tahun 2018, dan selalunya kita akan prepare dengan pelbagai resolusi sempena tahun baru nih.

After all, kajian yang dibuat oleh Statistic Brain Research Institute di Amerika mendapati kebanyakan dari kita akan mengalah untuk menyelesaikan segala azam baru yang kita buat. Hanya 9 peratus sahaja yang merasakan mereka berjaya menyelesaikan segala azam baru yang dibuat.

Walaubagaimanapun, ini adalah fakta dimana mereka yang prepare pelbagai resolusi untuk azam adalah 10 kali berkemungkinan untuk menyempurnakan azam mereka berbanding mereka yang tidak buat apa-apa resolusi untuk tahun baru.

Kalau anda semua nak tahu, membuat azam baru ini bukannya perkara baru. Ianya dah lama. Bermula dari zaman Babylon dan Empayar Rom lagi. Tapi mereka semua membuat azam baru untuk dewa-dewa merekalah. Contohnya nak menyelesaikan segala hutang & membuat perkara baik dengan harapan dewa-dewa mereka akan memberi banyak lagi rezeki nanti di tahun baru.

Sekarang pulak, mereka yang membuat azam baru lebih kepada personal dan diri sendiri & mungkin kerana itulah kita tak kesah pun samada semua azam baru tercapai atau tidak. Tapi ini ada berita baik !! Kajian psychological mendapati ada cara secara sains untuk memastikan kita berjaya mencapai target azam tahun baru kita.

Dan ianya tidak mengejutkan kalau semuanya bermula dengan motivasi. Kajian keatas sikap manusia menunjukkan kedatangan tahun baru menaikkan semangat kita untuk membuat pelbagai resolusi untuk azam tahun baru. Dari situ, segalanya berkaitan dengan priority. Kita selalunya ada kecenderungan utk membuat like makeover lah sehinggalah menjadi seorang yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Tapi kita semua tahu, setakat berharap semata-mata takkan menjadikan azam tahun baru kita menjadi kenyataan.

Kalau nak buat azam baru tu, untuk memastikan ianya berjaya, tak perlulah list banyak-banyak sangat. Cukup sekadar 1 atau 2 perkara yang kita sungguh-sungguh mahu lihat ada perubahan nanti. Ianya jugak haruslah lebih detail. Contohnya seperti exercise untuk 30 minit, 3 kali seminggu daripada join gym dan hilangkan berat badan. Lebih detail lebih bagus. Ini kerana kita akan lebih nampak dan jelas akan azam baru kita tu berbanding setakat hilangkan berat. Hilangkan berat apa ?

At this point, ianya normal kita memerlukan will power untuk melaksanakan azam tahun baru kita tu. Menurut Prof Wendy Wood dari University of Southern California mengatakan setakat will power tak cukup. Rather, kita memerlukan sesuatu yang lebih secure dan automated - sikap kita.

So untuk memastikan kita berterusan melakukan sesuatu untuk mencapai target azam baru kita tu, lagi specifik dan mencabar kita set goal tu, terutamanya untuk habit forming period, lebih besar kemungkinanan motivasi utk kita terus berusaha bagi mencapai azam tahun baru kita dapat dikekalkan.

Tapi perlu ingat !! Jangan azam sesuatu yang mudah kerana kita lebih mudah untuk give up. 1 kajian yang dibuat oleh Gary Charness dari University of Chicago mendapati mereka yang di bayar untuk mengikuti kelas senaman yang lebih kerap lebih cenderung untuk meneruskan kelas tersebut berbanding mereka yang jugak dibayar tetapi kelas senaman yang tidak kerap. So continuation untuk penting dalam membentuk sikap kita kepada lebih menjadikan sesuatu perkara itu lebih kepada rutin. So bila sesuatu tu dah jadi rutin, lagi senanglah kita nak buat. Betul tak ?

1 lagi tips untuk memastikan azam baru kita tercapai adalah memberi ruang untuk slip up. Macam mana tu ? Begini, kita setting untuk gi gym 5 kali seminggu even kita tahu kita hanya mampu setakat 2 hingga 3 seminggu sahaja. So kita dari tidak pegi lansung, kita still pegi untuk 3 kali kan ? Betul tak ? Ini sebenarnya jugak membantu kita untuk lebih berusaha untuk mencapai apa yang telah kita setkan. Dalam kes diatas adalah untuk mencapai target pergi ke gym 5 kali seminggu.

Sejujurnya, dengan segala knowledge dan know how yang kita ada, kita mungkin still tak mampu untuk mencapai segala goals yang telah kita set untuk azam tahun baru. But it is okay kerana kita akan terus berusaha dan terus berkerja keras untuk memastikan apa yang telah kita target tercapai walaupun mungkin lambat sikit.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?