Kontrak Projek Keretapi ECRL Pelik - Tun Mahathir

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir memberitahu kontrak untuk projek keretapi ECRL adalah pelik ketika ditemuramah oleh The Edge.


Menurut Tun M, pinjaman RM55 billion untuk projek ECRL ini tidak pernah mengalir masuk kedalam negara tetapi terus dibayar kepada kontraktor dari China. Kontraktor untuk ECRL adalah CCCC dan pinjaman dari Bank of China (EXIM).

Tun M juga berkata bayaran kepada CCCC bukan berdasarkan progress payment tapi mengikut waktu-waktu yang telah ditetapkan, dimana ianya diluar kebiasaan.

Tun M berkata kerajaan akan berbincang berkenaan terma dalam perjanjian berkenaan ECRL ini dengan pelbagai pihak dari China.

Sumber mengatakan ECRL boleh dibina dibawah kos RM40 billion tetapi kos meningkat kepada RM60 billion ketika perjanjian ditandatangani pada tahun 2016. Lebihan RM20 billion itu didakwa digunakan untuk membayar hutang 1MDB & untuk pembelian 2 syarikat yang berkait rapat dengan personal yang terlibat dengan skandal 1MDB.

Sumber The Edge Weekly (May 28 - June 3, 2018)

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?