Kelantan Dapat Royalti Minyak

Setelah sekian lama Kelantan dinafikan hak untuk mendapatkan duit dari hasil minyak di perairan kelantan, Kerajaan Persekutuan dibawah Pakatan Harapan akan membayar royalti minyak sekurang-kurangnya lima peratus kepada Kelantan tanpa melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).


Keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad dan turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. Keputusan itu dibuat sebagaimana terkandung dalam perjanjian sejak sekian lama dan Akta Petroleum 1974.

Pendapat saya duit royalti itu nanti boleh digunakan untuk menyiapkan projek-projek di Kelantan yang banyak tertangguh ataupun terbengkalai. Antaranya :

  • Jambatan Palekbang menghubungkan Tumpat dan Kg China 
  • Lebuhraya Rakyat menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai
  • Stadium di Pasir Puteh
Selain itu, saya berharap kerajaan negeri Kelantan akan menyegerakan pembinaan Terminal Utama Bas di Kota Bharu. Agak menyedihkan Kota Bharu sebagai ibu negeri tidak mempunyai terminal bas yang proper. Yang ada sekarang hanyalah terminal sementara di Lembah Sireh. 

Bagi saya alasan yang sekian lama digunakan seperti dianaktiri, dinafikan hak royalti sudah tidak boleh dipakai memandangkan pendekatan kerajaan persekutuan dibawah PH yang lebih terbuka dan adil kepada semua negeri-negeri di Malaysia. Cukup berbeza dengan kerajaan persekutuan dibawah pentadbiran lama. Kerajaan negeri Kelantan kini perlu membuktikan bahawa mereka mampu membangunkan negeri setanding negeri Selangor dan dalam waktu yang sama pembangunan rohani turut berjalan seiring. 




Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?