Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

Dulu Kerja Gaji RM1,600, Nak Dapat Gaji RM3,000 Bukan Senang

Imej
Rezeki Allah tu luas. Bak kata suami aku, sabar sayang. Ini baru permulaan, kita boleh pergi jauh. Aku ada Diploma Kejuruteraan dan suami aku ada Diploma Perniagaan. Masing-masing boleh mencari kerja kalau mahu. Aku pernah kerja di pejabat pada tahun 2014, bahagian Sumber Manusia, gaji permulaan RM1,600 di Perlis tanpa sebarang pengalaman kerja. Aku pernah kerja jadi juruteknik kilang besar di Pulau Pinang, kalau aku sebut nama kilang ini, mesti orang akan kata gaji besar sebab kerja di kilang itu. Kadang-kadang OT boleh pergi RM3,000 sebulan gaji waktu itu. Ini cerita tahun 2014 dulu. Aku pernah buka butik, tetapi kongsi dengan kawan aku. Sekarang sudah buka dua buah cawangan lain. Sekarang ini, siapa yang makan gaji, ada diploma mahu dapat gaji RM3,000 pun susah weh. Struggle gila-gila buat dua tiga kerja. Tetapi ini semua ikut rezeki masing-masing. Kalau dah dapat rezeki dengan syarikat yang elok, maka eloklah gaji dia. Sebab itu selepas berkahwin, aku sudah mal...

Adab Hilang, Hilanglah Ummah

Imej
Saya kalau bukak Facebook selalu giling kepala dan rasa malu kepada diri sendiri. Kenapa malu ? Malu dengan sikap orang kita yang kelihatan sudah hilang adab & malu. Diorang saya tengok dah tak segan nak mengepost perkara-perkara yang memalukan seperti dulu heboh pasal makan pil kuda secara LIVE. Secara LIVE tu !! Itu yang makan pill kuda. Berlambak lagi yang tak segan silu berkongsi kemungkaran, berkongsi gambar-gambar yang menghairahkan, berkongsi perkara yang tak sepatutnya kat laman social & menggunakan ayat-ayat yang lansung takde adab. Mencarut, maki hamun, mengaibkan dan seanggatan dengannya tanpa lansung rasa malu.  Ini mengingatkan saya kepada ungkapan seorang pujangga arab yang terkenal, Ahmad Syaugi yang berbunyi :  "Apabila hilang adab umat hilanglah umat tersebut." Ini satu peringatan penting dari beliau, yang seolah-olah ada korelasi jelas antara kegemilangan atau kejatuhan sesuatu umat, dengan ketinggian atau kemerosotan adab dan ak...

Progress Terkini Flyover Pengkalan Kubor

Imej
Projek Membina Flyover Dari Arah Kota Bharu Merentangi Bulatan Wakaf Bharu Ke Pengkalan Kubor merupakan projek yang telah diluluskan pelaksanaan dalam Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) Tahun 2017. Projek ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalanraya sediada bermula 100m (dari arah Kota Bharu) dari Simpang Empat FT134 Jalan Dusun Langgar – Jalan Pohon Tanjung (CH0.00). Pembinaan berakhir di Persimpangan Pasar Wakaf Bharu (CH1400.00) dengan panjang keseluruhan adalah 1.4km. Selain itu, projek ini akan melibatkan pembinaan jejambat (flyover) sepanjang 320m bermula dari Jambatan Atas Rel dan seterusnya merentasi Bulatan Wakaf Bharu. Kat bawah ini adalah gambar terkini progress projek. Gambaran Flyover bila siap kelak pada tahun 2020

Kedai Kena Tutup Aurat Baru Boleh Dapat Penarafan Gred A

Imej
Untuk memastikan pekerja kedai makan memakai pakaian yang mematuhi syariat, Majlis Perbandaran Kota Baru bercadang untuk memasukkan kod berpakaian Islam dalam penilaian gred premis makanan. Memetik laporan The Star, majlis itu memberitahu peluang untuk mendapat kategori A bagi kebersihan premis boleh terjejas jika pekerja kedai makan tidak menutup aurat. “Untuk mendapat Gred A, kedai makan mesti mematuhi semua syarat, termasuk kod pakaian,” kata presiden MPKB Ahmad Robert Abdul Rahim. Baca  :  Mee Udang Galah RM5 Kat Kok Lanas  !! Beliau berkata pihak berkuasa tempatan kini sedang menggred 3,018 operator makanan berlesen dalam daerah tersebut. Setakat ini 239 premis diperiksa. Gred A (sangat bersih) diberi kepada 22 premis, B (bersih) 107 premis dan C (kurang bersih) 110 premis. Jika dilihat pada jumlah premis yang diperiksa, boleh dikatakan banyak kedai makan berada ditahap yang kurang memuaskan dan kotor. Sumber Vitdail...

Iphone Untuk Orang Banyak Duit Sahaja ? Anda Setuju ?

Imej
Sudah menjadi stereotype di dalam kehidupan sesetengah orang dengan melabelkan seseorang melalui apa yang dimilikinya. Sama ada melalui kereta yang dinaiki, pakaian yang dipakai serta rumah yang didiami. Bagi gadget pula, pengguna yang memakai iPhone dan iPad atau barangan jenama Apple seringkali disifatkan sebagai seorang yang berada dan kaya. Perkara ini tidak sahaja berlaku di negara kita malah di negara luar dimana sebuah laporan telah dikeluarkan oleh Universiti of Chicago yang mengatakan hanya pengguna yang kaya sahaja yang menggunakan iPhone dan iPad. Berdasarkan ulasan ahli ekonomi melalui kajian yang dibuat, lebih ramai pengguna iPhone dan iPad yang memiliki gaji yang lebih tinggi berbanding pengguna Android. Kajian yang dibuat ini telah dijalankan pada tahun 2016 dimana tidak menyertakan statistik pengguna iPhone X yang memiliki iPhone termahal dalam sejarah Apple. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda memilih untuk menggunakan iPhone dan iPad keran...

Majlis Petroleum Terengganu Kenal Pasti Projek Bernilai RM5 Billion & Pelaburan Di Terengganu Mencecah Berbillion Ringgit

Imej
Kerajaan Terengganu berjaya memperolehi pelaburan asing dan tempatan sebanyak RM4.24 billion sehingga suku tahun pertama tahun ini. Menteri Besar,  Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, berdasarkan kepada sumber daripada pihak Malaysia Investment Development Authority (MIDA), sebanyak tujuh pelabur membuat pelaburan di negeri ini termasuk empat pelabur dengan pelaburan berjumlah RM73.12 juta dibawa masuk ke negeri itu sepanjang tahun lalu. Dr. Ahmad Samsuri berkata,  daripada jumlah itu sebanyak RM37.51 juta adalah pelaburan tempatan manakala pelaburan asing berjumlah RM35.62 juta. Sebanyak tiga pelaburan  diperolehi  sepanjang Januari hingga Mac tahun ini melibatkan pelaburan asing berjumlah, RM4.16 Billion. Selain itu, Majlis Petroleum Terengganu telah mengenal pasti beberapa projek yang boleh dilaksanakan oleh syarikat-syarikat di Terengganu bernilai RM5 billion. Berkenaan royalti minyak pula, Menteri Besar Terengganu berpegang kepada komitmen Perd...

Pembesaran Airport Kota Bharu Ape Cite

Imej
Kalau mengikut apa yang dirancangkan, pembesaran airport Kota Bharu yang bernilai RM400 juta akan bermula pada bulan ini. Tapi pada pemerhatian mata kasar saya, tiada sebarang aktiviti pembinaan dapat dikesan kat airport Kota Bharu. Apakah yang sebenarnya berlaku ? Adakah kerajaan baru menangguhkan dulu projek ini atau sebenarnya proses untuk pembesaran airport Kota Bharu sudah bermula cuma dari pandangan mata kasar orang awam masih tak kelihatan ? Saya berharap takdelah keputusan nak tangguh atau postpone pembesaran airport Kota Bharu ini kerana airport Kota Bharu sudah bertahun-tahun beroperasi melebihi kapasiti yang sepatutnya. Kerja-kerja pembesaran juga amat penting untuk memberi keselesaan kepada para pengguna dan untuk mengembangkan lagi potensi airport KB. Dengan kapasiti sekarang, airport KB tak dapat lagi berkembang.

Pertuduhan pecah amanah dan rasuah RM42 juta, Najib mengaku tidak bersalah

Imej
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta secara keseluruhan. Najib membuat pengakuan itu selepas empat pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Sofian Abd Razak, di sini pada Rabu. Tommy menawarkan jaminan sebanyak RM1 juta bagi setiap pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib dengan dua orang penjamin warga tempatan. Namun, pasukan pembelaan yang diketuai Tan Sri Shafee Abdullah membantah jumlah itu kerana menyifatkannya terlalu tinggi. Sumber dari Astro Awani

Warga Asing Di Pasar Borong Seluruh Negara Akan Dibersihkan !!

Imej
Kerajaan sedang merangka satu jawatankuasa khas bagi membincangkan isu lambakan peniaga warga asing di pasar borong seluruh negara dalam mesyuarat Kabinet minggu depan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memandang serius isu buruh asing ini. “Dijangkakan minggu depan Kabinet akan membentuk satu jawatankuasa khas untuk membanteras isu buruh asing. Kita akan ambil tindakan tegas, jika dibiarkan isu ini akan berlanjutan dan lambakan warga asing tidak akan dapat diselesaikan,” katanya dalam program perjumpaan khas dengan belia peladang di sini, hari ini. Salahuddin berkata, isu warga asing memonopoli premis di pasar borong ini serius dan permasalahan ini akan dibincangkan di Kabinet menerusi satu jawatankuasa khas. “Premis - premis ...

Like FB Maafsebut