Dulu Kerja Gaji RM1,600, Nak Dapat Gaji RM3,000 Bukan Senang


Rezeki Allah tu luas. Bak kata suami aku, sabar sayang. Ini baru permulaan, kita boleh pergi jauh. Aku ada Diploma Kejuruteraan dan suami aku ada Diploma Perniagaan.

Masing-masing boleh mencari kerja kalau mahu. Aku pernah kerja di pejabat pada tahun 2014, bahagian Sumber Manusia, gaji permulaan RM1,600 di Perlis tanpa sebarang pengalaman kerja. Aku pernah kerja jadi juruteknik kilang besar di Pulau Pinang, kalau aku sebut nama kilang ini, mesti orang akan kata gaji besar sebab kerja di kilang itu.

Kadang-kadang OT boleh pergi RM3,000 sebulan gaji waktu itu. Ini cerita tahun 2014 dulu. Aku pernah buka butik, tetapi kongsi dengan kawan aku. Sekarang sudah buka dua buah cawangan lain. Sekarang ini, siapa yang makan gaji, ada diploma mahu dapat gaji RM3,000 pun susah weh. Struggle gila-gila buat dua tiga kerja. Tetapi ini semua ikut rezeki masing-masing. Kalau dah dapat rezeki dengan syarikat yang elok, maka eloklah gaji dia.


Sebab itu selepas berkahwin, aku sudah malas sangat mahu bekerja. Mahu ulang-alik minyak kereta. Bayar sewa rumah. Lunch kat luar lagi. Berapa sangat yang tinggal sebulan? Itu belum cerita beli susu dan lampin anak lagi.

Banyak bidang aku sudah tempuh, sekarang aku cabar diri jual makanan tepi jalan pula. Biasalah bila orang kata 5 tahun fasa perkahwinan gila struggle mahu survive.

Seriously, memang aku ni ditakdirkan muka tidak tahu malu. Suami aku suruh ambik gambar buat peace atau buat gaya Ultraman pun, aku buat saja. Ada aku kisah orang lalu lalang duduk tengok.


Bagi aku cari rezeki tepi jalan ini, memang agak mencabar. Kadang-kadang hujan tiada orang. Ribut datang serang habis lauk lauk atas meja. Duit hasil jualan terbang sekali dengan angin ribut pun pernah. Tapi kalau nasi habis, lauk habis itulah benda paling menggembirakan hari itu. Sedih dan rasa macam mahu menangis.

Niat aku satu saja. Aku berniaga ini kerana Allah SWT. Aku mahu selesaikan segala hutang-hutang dan aku mahu bantu keluarga aku. Kami bukannya orang senang. Apa yang penting hidup kena ukur baju pada badan sendiri.

Apa pun cabang perniagaan kau buat, jangan pernah berasa malu. Pekakkan saja telinga. Suara-suara sumbang di belakang itu biasalah. Tidak perlu fikirkan pun. Akhirnya nanti, mereka juga yang malu dan minta tolong dari kita. Itu normal. Jadi saja diri sendiri. Kena konfiden lebih. Buang jauh-jauh sifat malu itu.

Sumber adeela azhar & vitdaily

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?