Thailand Mahu Halalkan Ganja



Ramai yang masih tidak tahu, kanabis atau ganja merupakan sejenis dadah yang sering digunakan dalam perubatan kerana dikatakan boleh melegakan pelbagai jenis penyakit.

Walaupun mempunyai manfaat dari segi perubatan, penggunaan kanabis diharamkan di kebanyakan negara di dunia terutamanya di Asia kerana penyalahgunaannya boleh menjadi punca kepada ketagihan.

Walaubagaimanapun, semuanya bakal berubah tidak lama lagi apabila Thailand akan menjadi negara pertama di Asia yang akan membenarkan kanabis dalam perubatan.


Langkah untuk membenarkan penggunaan kanabis ini bakal dilaksanakan pada tahun hadapan adalah disebabkan atas faktor-faktor ekonomi. Sekitar tahun 1980an, Thailand merupakan pengeluar kanabis utama di dunia.

Kanabis juga turut popular di kalangan pekerja ladang untuk tujuan relaks dan sekitar tahun 1970an ketika Perang Vietnam, tentera Amerika Syarikat menggunakan kanabis bagi memulihkan tenaga.

Kalau digunakan untuk berubat takpe, itu tak salah. Yang jadi salahnya apabila penagihan dadah. Selain ganja, daun ketum kalau dilihat dari sudut perubatan memang banyak manfaatnya tapi malangnya ianya disalah guna. Itu daun ketum, ubat batuk dan gam pun ramai yang salah guna. 

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan