Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2018

4 Ramen Perisa Terbaru Dari Samyang

Imej
Kalau sebut jea pasal ramen pedas giler, mesti semua akan terus teringat akan ramen jenama Samyang dari Korea Selatan yang cukup popular kat negara kita kan ? Baru-baru ini jenama tersebut memperkenalkan empat lagi perisa baru yang pasti akan membuatkan korang tak sabar-sabar nak cuba. Apa yang menarik, dua perisa yang diperkenalkan itu adalah jenis sup iaitu perisa Kimchi dan Topokki. Manakala lagi dua adalah jenis kering iaitu perisa Bulgogi dan Jjajang. 1. Kimchi 2. Topokki 3. Bulgogi 4. Jjajang Honestly to say, saya sendiri tak pernah try ramen Samyang ini kerana saya tak berapa suka sangat pedas-pedas. Tambahan pulak kalau terlalu pedas lagilah saya tak berani nak cuba. Mungkin kali ini saya akan cuba ramen 4 jenis yang baru ini kerana kelihatannya tak berapa pedas. Kat mana nak beli ? Boleh dapatkan di pasaraya Village Grocer dan The Store berhampiran anda.

Berita Baik Warga Kelantan !! 13 Keretapi Jenis DMU Akan Tiba Hujung Tahun Ini & Stesen Keretapi Tumpat Dinaiktaraf Untuk Menempatkan Keretapi DMU Yang Baru Ini

Imej
Depoh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan dibina di Tumpat dengan keluasan 4.7 hektar untuk menempatkan tren Diesel Multiple Units (DMU). Stesen & Depoh Tumpat Stesen kereta api Tumpat juga akan dinaik taraf dan kedua projek tersebut menelan kos RM24 juta. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, stesen tersebut dinaik taraf bagi menampung kapasiti penumpang yang dianggarkan 1,500 orang setiap hari. "Pembinaan depoh itu pula digunakan untuk menempatkan semua 13 unit tren DMU. Illustrasi Pelukis DMU Yang Baru   "Tren DMU akan digunakan untuk perjalanan Pantai Timur iaitu Tumpat ke Gemas dan Gemas ke Johor Bharu," katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Depoh dan Naik Taraf Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tumpat, di bandar Tumpat, semalam. Sementara itu, Pengurus Besar Perolehan KTMB, Mohd Hider Yusof berkata, sebanyak 13 unit tren Diesel Multiple Units ...

Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Hanya Bermula Pada Tahun 2020

Imej
Projek pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, LTSIP, Pengkalan Chepa, Kota Bharu dijangka bermula pada tahun 2020 dengan melibatkan kos lebih RM500 juta. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan  untuk projek pembesaran LTSIP dan proses pengeluaran tendernya akan dibuat tidak lama lagi. "Pada masa ini penumpang yang menggunakan LTSIP amat padat dengan jumlah penumpang tahun ini dijangka melebihi dua juta orang dan jumlah tersebut dijangka akan meningkat sehingga empat juta orang beberapa tahun akan datang," katanya selepas majlis pecah tanah pembinaan depo dan stesen kereta api KTMB Tumpat di sini, hari ini. Katanya lagi, projek pembesaran dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Kompleks baru LTSIP itu akan dibina bertingkat bagi mengasingkan ruang pelepasan dan ketibaan dan pada masa sama bagi menampung penambahan penumpang. “Kerajaan Persekutuan bagi pengiktirafan kepada negeri Kela...

Like FB Maafsebut