Berita Baik Warga Kelantan !! 13 Keretapi Jenis DMU Akan Tiba Hujung Tahun Ini & Stesen Keretapi Tumpat Dinaiktaraf Untuk Menempatkan Keretapi DMU Yang Baru Ini



Depoh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan dibina di Tumpat dengan keluasan 4.7 hektar untuk menempatkan tren Diesel Multiple Units (DMU).

Stesen & Depoh Tumpat

Stesen kereta api Tumpat juga akan dinaik taraf dan kedua projek tersebut menelan kos RM24 juta.



Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, stesen tersebut dinaik taraf bagi menampung kapasiti penumpang yang dianggarkan 1,500 orang setiap hari.

"Pembinaan depoh itu pula digunakan untuk menempatkan semua 13 unit tren DMU.

Illustrasi Pelukis DMU Yang Baru 

"Tren DMU akan digunakan untuk perjalanan Pantai Timur iaitu Tumpat ke Gemas dan Gemas ke Johor Bharu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Depoh dan Naik Taraf Bangunan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tumpat, di bandar Tumpat, semalam.



Sementara itu, Pengurus Besar Perolehan KTMB, Mohd Hider Yusof berkata, sebanyak 13 unit tren Diesel Multiple Units (DMU) dibeli dari sebuah syarikat di China dengan kos keseluruhan RM380 juta.

"DMU yang dijadualkan tiba akhir tahun ini akan digunakan untuk perjalanan Pantai Timur iaitu Tumpat ke Gemas dan Gemas ke Johor Bahru,” katanya.

DMU Yang Tengah Dipasang

Beliau berkata, kerja naik taraf stesen kereta api itu juga turut membabitkan pembinaan bangunan baharu, aras platform sedia ada, bumbung penuh dan jejantas pejalan kaki.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan