Hanya 8% Wanita Di Malaysia Tidak Menggunakan Telefon Bimbit Mereka Pada Waktu Malam


Tahukah anda, jumlah pengguna Internet dinegara ini menunjukkan peningkatan kepada 25.08 juta pengguna, mewakili 79 peratus penduduk Malaysia?

Daripada jumlah berkenaan 75 peratus menggunakan perkhidmatan media sosial dan memperuntukkan purata tiga jam sehari di laman media sosial.

Untuk itu, golongan wanita di Malaysia lebih gemar meluangkan masa di laman sosial dalam satu kaji selidik yang telah dijalankan.

Wanita profesional di negara ini menggunakan telefon bimbit semata-mata untuk keseronokan peribadi dan bukannya disebabkan urusan lain seperti menjalankan perniagaan.


Menerusi kaji selidik ‘Kecenderungan Teknologi: Wanita’ mendedahkan wanita Malaysia menggunakan telefon bimbit untuk berinteraksi di media sosial, menghantar mesej dan panggilan suara, selain urusan perbankan internet.

Naib Presiden Pengurusan Produk dan Penyelidikan Pengguna, Telenor Group, Dr Erica Gibson, berkata kajian membabitkan wanita di Asia termasuk Malaysia, Myanmar, Singapura dan Thailand. Beliau berkata, penyelidikan sama turut membabit responden dari negara Scandinavia antaranya Sweden dan Norway, bertujuan memahami tabiat serta sikap dalam mempengaruhi rutin harian.

Mengulas lanjut, Dr Erica Gibson berkata, lebih 1,300 wanita berusia 25 hingga 40 mengambil bahagian dalam kaji selidik berkenaan, iaitu 208 daripadanya adalah dari Malaysia.

Kajian membabitkan aspek ekonomi, sistem sosio-politik, peringkat pembangunan perindustrian dan penembusan mudah alih.

“Secara keseluruhannya, wanita yang kami temui mengatakan telefon bimbit sebagai alat membentuk mengimbangi kehidupan peribadi dengan kehidupan profesional."

“Kami melihat wanita berpendidikan tinggi dan profesional berpaling kepada peranti mudah alih bagi tujuan hiburan, mengekalkan hubungan peribadi dan memberi ruang rehat bagi mengurangkan kesibukan tugas seharian,” katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan baru-baru ini."

Gibson berkata, hasil kajian mendapati 67 peratus wanita tempatan memeriksa maklumat berita media sosial sebelum tidur, aplikasi penghantaran mesej untuk urusan profesional (dua peratus) manakala e-mel berkaitan pekerjaan (tiga peratus).


Katanya, kira-kira 24 peratus merasakan penggunaan gajet mudah alih memberikan mereka fleksibiliti bekerja di mana-mana, menambah baik pengurusan kehidupan (21 peratus), manakala tumpu pada kerja dan tiada masa (tujuh peratus).

Berdasarkan kajian, 62 peratus berpendapat teknologi mudah alih menyumbang secara positif kepada perkongsian

maklumat dan pengetahuan, memilih perbankan mudah, pembayaran dan akses (45 peratus) dan maklumat perkhidmatan kesihatan serta perubatan (23 peratus).

Katanya, penemuan menarik kajian itu mendapati hanya lapan peratus wanita di Malaysia yang tidak dapat menggunakan telefon bimbit mereka pada waktu malam di rumah, ketika di dalam penerbangan dan menghadiri wawancara kerja.

“Apabila ditanya adakah telefon bimbit dilihat sebagai internet, sebanyak 40 peratus bersetuju, berkecuali (39 peratus), manakala menafikannya (21 peratus),” katanya.

Gibson berkata, ada mengakui peranan dimainkan telefon bimbit menjadikan diri mereka sendiri.

“Kajian memberi kami gambaran mengenai tingkah laku wanita menerusi penggunaan digital dan keperluan pengguna” katanya.

Kesimpulan dari kajian ini mendapati kepentingan penggunaan gajet mudah alih dalam kehidupan seharian wanita tidak boleh dipandang rendah sama ada secara profesional ataupun tujuan peribadi.

Sumber Vitdaily


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?