Peniaga Zon Bebas Cukai Di Kelantan Mengeluh Kerana Kekurangan Pengunjung


Para peniaga di zon bebas cukai Rantau Panjang, Kelantan mengadu rata-rata perniagaan semakin lumpuh kerana bilangan pengunjung yang semakin menurun.

Mereka yang dihubungi FMT berkata suasana di Bazar Fatimah tidak lagi meriah, kerana pengunjung nampaknya lebih gemar berpusu ke Thailand walaupun nilai Baht tidak semurah dulu.

Seorang pengusaha pakaian sukan, yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri berkata, tempahan jersi yang diterimanya tidak serancak dulu.

“Kalau dulu, orang dari Johor datang tempah jersi untuk budak-budak sekolah. Sekarang nak tengok orang Kelantan pun payah,” katanya.

Beliau memberitahu ramai orang lebih gemar ke Thailand daripada mengunjungi zon bebas cukai Rantau Panjang, walaupun bukan untuk membeli-belah.

“Nak buat macam mana, suasana di Hat Yai lebih meriah kerana terdapat pelbagai tarikan pelancong, tidak seperti keadaan di sini,” keluhnya.

“Ramai tak datang sini dah. Nak nampak orang lalu depan tempat kita meniaga pun susah. Tarikan pelancong pun tak ada, macam mana orang nak mari?” menurut Presiden Persatuan Peniaga Melayu Rantau Panjang, Ramli Abdullah.

“Ramai tak datang sini dah. Nak nampak orang lalu depan tempat kita meniaga pun susah. Tarikan pelancong pun tak ada, macam mana orang nak mari?” katanya.

Ramli bagaimanapun memberi gambaran yang lebih suram. Menurut beliau, suasana di pekan Rantau Panjang juga tidak serancak dulu.

“Kalau ada orang datang pun, setakat nak makan-makan saja. Mana ada nak membeli dah,” katanya.

Rantau Panjang terletak kira-kira 40km dari Kota Bharu dan bersebelahan dengan pekan Golok di sempadan Thailand, dan kewujudan zon bebas cukai pada 2002 menjadikan ia kawasan yang paling kerap dikunjungi pelancong setiap tahun.

Perniagaan di situ ditempatkan dalam sebuah bangunan 3 tigkat yang dibina kerajaan negeri selepas tapak asal bazar musnah dijilat api beberapa tahun sebelum itu.

Ramli berkata, pihak pengurusan lot pada mulanya mengenakan sewa yang mahal, setinggi RM400 sebulan.

“Manalah semua mampu. Kami nak letak barang pun tak berani. Itu harga tingkat atas. Kalau tingkat bawah lebih tinggi,” katanya.

“Peniaga mula cari alternatif lain seperti buat jualan ‘online’ dari rumah,” katanya.

Kesukaran mendapatkan penyewa menyebabkan pihak pengurusan menurunkan harga sewa kepada RM100 sebulan, namun bilangan penyewa masih di paras rendah, kata Ramli.

“Dengan keadaan sekarang, orang pun tiada, bagi percuma pun tiada yang nak sewa,” katanya.

Ramli menyeru kerajaan negeri supaya pertimbangkan strategi mengatasi kemelut di zon bebas cukai Rantau Panjang.

“Kita nak pihak berkenaan menghidupkan semula perniagaan di sini. Cukuplah sekadar kami dapat makan, bukan nak kaya raya,” ujarnya.

Sumber freemalaysiatoday

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?