Bapa Lapor Polis Anak Dirotan Cikgu








Seorang guru didakwa memukul pelajar tahun lima sehingga mengalami bengkak dan lebam di bahagian betis hanya kerana kanak-kanak itu tertinggal buku teks dalam kejadian di sebuah Sekolah Kebangsaan (SK) di sini, Isnin lalu.

Berikutan itu, bapa kepada pelajar berkenaan tampil membuat laporan polis pada hari yang sama bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap guru tersebut.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rizal, 42, berkata, dia menyedari kejadian yang menimpa anaknya selepas kanak-kanak itu menangis seolah-olah menahan kesakitan ketika solat Zohor pada hari itu.




Kata lelaki itu, isterinya menghubungi memaklumkan hal tersebut dan meminta dia yang sedang bekerja ketika itu pulang ke rumah bagi melihat keadaan anak mereka itu.

“Selepas saya periksa betis anak, saya terkejut kerana mendapati betisnya membengkak dan terdapat kesan rotan.

“Apabila ditanya, anak memaklumkan dia telah dirotan oleh gurunya dengan pembaris sepanjang satu meter sehingga pembaris itu patah kerana tertinggal buku,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.




Tambahnya, pada awalnya dia enggan melaporkan perkara itu kepada polis, namun pihak klinik memintanya mengikut prosedur kes penderaan serta menasihakan agar membuat laporan polis.

“Walau bagaimanapun, lebih mengecewakan apabila hari ini sudah masuk hari keempat, namun pihak sekolah dan guru berkenaan langsung tidak memohon maaf meskipun kami pernah bertemu pada Selasa lalu,” katanya.

Kata Rizal lagi, dia berharap pihak Jabatan Pendidikan negeri mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru dan pengurusan sekolah berkenaan.




“Saya kecewa kerana mereka bersikap sambil lewa atas perkara ini, malah kaki anak sehingga kini masih belum pulih dan diberi cuti sakit sehingga esok,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintenden Abdul Shukor Yusoff mengesahkan menerima laporan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seseorang. Buat masa ini kita belum menahan guru terbabit namun sebarang tangkapan atau tindakan selanjutnya akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Sumber Utusan Melayu




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Apakah Perbezaan Diantara Kabin Kelas Pertama Dan Kelas Perniagaan Didalam Pesawat ?